• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, October 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemuda DAP Kritik Dr Mahathir

oleh Ahmad Albab
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) mengkritik Tun Dr Mahathir Mohamad kerana enggan mengikut senarai calon menteri yang dicadangkan parti itu.

Ketuanya, Wong Kah Woh, berkata tindakan Perdana Menteri itu disifatkan sebagai tidak menghormati cadangan pimpinan parti komponen Pakatan Harapan (PH).

“Dalam senarai Kabinet, beberapa calon yang dicadangkan oleh DAP termasuk Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen dan Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming digugurkan. DAP hanya memperoleh enam jawatan menteri walaupun menang 42 kerusi Parlimen dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

“Tindakan Perdana Menteri amat tidak patut kerana pengaturan senarai Kabinet tidak mengikut bilangan kerusi dimenangi sesebuah parti, malah keputusan sedemikian juga tidak menghormati cadangan pimpinan parti seperjuangan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, ketika berkempen dalam PRU-14, berjanji Kor Ming dan Chieng Jen akan dilantik menjadi menteri jika PH berjaya menawan Putrajaya.

Bagaimanapun, Dr Mahathir tidak menyenaraikan Kor Ming dalam Kabinet baharunya, manakala Chieng Jen dilantik Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

Kah Woh berkata, pandangan DAPSY terhadap senarai Kabinet itu bukan berniat untuk merebut jawatan, sebaliknya bagi menghormati hasrat rakyat serta mempertahankan maruah parti bagi mengelak sesebuah parti terlalu berkuasa dalam PH.

Katanya, DAPSY tidak menafikan pandangan Perdana Menteri dalam melantik menteri atau mengkritik kemampuan mereka kerana tiada pihak lain yang lebih memahami dan mempercayai kelayakan calon yang dicadangkan melainkan parti itu sendiri.

“Walaupun PH memberi kuasa muktamad kepada Perdana Menteri untuk menentukan senarai Kabinet, Perdana Menteri haruslah mendengar suara dan pandangan rakan seperjuangan dalam pelantikan itu dan bukannya bertindak dengan sebaliknya.

“Kini cadangan yang dikemukakan DAP diketepikan. Jika Setiausaha Agung DAP juga ditolak pelantikannya atas mana-mana sebab pada satu hari nanti, adakah DAP tetap akan dipaksa menerima keputusan sebegini?” soalnya.

Beliau berkata, Perdana Menteri perlu banyak mendengar suara serta hasrat parti seperjuangan kerana Kabinet baharu akan menentukan hala tuju negara.

“Pelantikan berdasarkan kelayakan dan pengalaman adalah penting dalam mengukuhkan asas dan meningkatkan kualiti pentadbiran kerajaan baharu.

“Ia secara keseluruhannya turut berkemampuan untuk menggabungkan segala tenaga dan minda rakyat demi membina sebuah Malaysia yang baru,” katanya.

Share198Tweet124SendShare

Related Posts

‘Dalam Konteks Itu Saya Mengulas Penggunaan Perkataan, Bukannya Memperlekeh Ayat Suci’ – Eric Lim Sian See

‘Dalam Konteks Itu Saya Mengulas Penggunaan Perkataan, Bukannya Memperlekeh Ayat Suci’ – Eric Lim Sian See

10/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Penganalisis politik, Eric Lim Sian See tampil mempertahankan dirinya susulan kontroversi berhubung komen mengenai perkataan Arab yang...

Ketua Pemuda UMNO Anggap Eric Lim Sian See Bangang Bodoh, Akan Buat Laporan Polis

Ketua Pemuda UMNO Anggap Eric Lim Sian See Bangang Bodoh, Akan Buat Laporan Polis

10/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO mengecam Eric Lim Sian See yang didakwa mempermainkan ayat al-Quran menerusi satu hantaran di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd