• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Syiah Jadi Mazhab Islam Utama Di Malaysia?

oleh Haris
02/07/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PERTEMUAN wakil-wakil agama dengan penasihat kerajaan baru-baru ini telah menimbulkan kembali isu Syiah apabila wakil mereka turut dijemput memberikan pandangan.

Wakil yang menyampaikan pendirian yang menyebelahi Syiah ialah Dr. Mohd Faizal Musa, pensyarah dan pengarang yang lebih dikenali sebagai Faisal Tehrani.

Faisal Tehrani telah banyak kali terpalit dengan kontroversi dikaitkan dengan Syiah, yang didakwahkan melalui karya-karyanya.

Beberapa buah buku beliau telah diharamkan oleh Kementerian Dalam Negeri, antaranya Sebongkah Batu Di Kuala Berang terbitan PTS dan Perempuan Nan Bercinta terbitan ITBM.

Beliau turut menerbitkan buku yang bertajuk Ingin Jadi Nasrallah, menunjukkan kekaguman beliau pada Hassan Nasrallah, pemimpin kumpulan Syiah Hizbullah di Lubnan.

Faisal Tehrani telah menyampaikan pandangan yang mahukan lebih kebebasan untuk masyarakat Syiah di Malaysia.

Menurut Faisal Tehrani, masyarakat Syiah didiskriminasi di Malaysia dan dilayan secara tidak adil oleh kerajaan.

Persoalan yang perlu ditanya ialah kenapa sekarang beliau diberikan peluang untuk menyampaikan pandangan membela Syiah?

Satu lagi soalan tidak kurang penting ialah kenapa kerajaan baru mahu melayan orang seperti ini?

Adakah ini menandakan keterbukaan baru yang akhirnya membolehkan Syiah diterima sebagai salah satu mazhab Islam di Malaysia?

Ini tidak mustahil kerana pandangan diutarakan Faisal Tehrani ini menolak keputusan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan yang menghukum Syiah sesat.

Kerajaan baru juga sibuk mempertikaikan kewujudan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), dan mempertikaikan pihak berkuasa agama.

Sesuai dengan slogan yang mereka canang, “Islam untuk semua” dan “tidak ada paksaan dalam agama,” nampaknya tidak jauh lagi untuk Syiah diberi pengikitrafan.

Mereka pun sudah lama menyarakan agar Malaysia lebih terbuka dengan kepelbagaian dalam agama termasuk Syiah.

Rata-rata pemimpin Pakatan Harapan percaya dengan kebebasan beragama dan ini termasuk memberi kebebasan kepada Syiah.

Banyak pihak sudah mula bimbang dengan kemunculan Syiah dalam kerajaan baru PH yang baru memerintah.

Mohamad Sabu sebelum ini pernah kecoh dengan dakwaan yang beliau menganut fahaman Syiah.

Beliau kerap ke Iran dan sering menyebut nama-nama pemimpin Iran dan Hizbullah di Lubnan dan memuji mereka.

Rakan beliau dalam Parti Amanah Negara (PAN) yang sekarang menjawat jawatan Ketua Menteri Melaka juga didakwa pengikut Syiah.

Maka jelaslah, kalau benar, ini bermakna Syiah sudah memegang Kementerian Pertahanan Malaysia dan menjadi ketua di sebuah negeri.

Sudah tentu mereka lebih mudah melebarkan pengaruh dan menyebar fahaman mereka secara perlahan dan berperingkat.

Maka langkah menemui dan menyampaikan pandangan kepada Majlis Penasihat Negara itu satu peluang yang mereka telah berjaya manfaatkan.

Halangan-halangan awal telah mereka lepasi, dan semakin mudahlah mereka mahu jadikan Syiah sebagai satu mazhab Islam yang diterima di Malaysia. – Mynewshub.tv

Tags: faisal tehranipakatan harapanSyiah
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

DAP Bantah Syarat 50% Ekuiti Bumiputera Dalam Pelupusan Tanah, Minta Kembalikan Kepada 30%

DAP Bantah Syarat 50% Ekuiti Bumiputera Dalam Pelupusan Tanah, Minta Kembalikan Kepada 30%

24/05/2026
0

KUALA LUMPUR - DAP membantah peningkatan pegangan ekuiti bumiputera kepada 50 peratus bagi pelupusan hartanah bernilai melebihi RM20 juta oleh...

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

17/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Pakatan Harapan (PH) Johor yakin dapat ‘menguburkan’ Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd