• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PH Boleh Jatuh Jika Gagal Pegang Amanah Rakyat

oleh Ahmad Albab
30/06/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LANGKAWI – Kerajaan Pakatan Harapan berjanji tidak akan melakukan apa yang dilakukan oleh kerajaan lepas yang telah gagal memegang amanah yang diberikan oleh rakyat, kata Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini.

Katanya beliau bersama-sama dengan Pakatan Harapan boleh dijatuhkan oleh rakyat jika melakukan perkara yang menyalahi undang-undang dan agama.

“Kalau saya yang menipu, beritahu. Saya boleh dijatuhkan. Begitu juga wakil rakyat-wakil rakyat Pakatan Harapan yang menipu boleh disingkirkan jika mereka gagal memegang amanah mereka,” katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung ke-29 Koperasi Pembangunan Daerah Langkawi di sini.

Menurutnya kerajaan dahulu yang didakwanya mencuri duit rakyat, tidak segan silu mengaku duit berkenaan halal dan menggunakannya untuk menghantar rakyat mengerjakan haji.

“Bagaimana duit ini boleh dikatakan halal dan diberikan untuk membuat haji jika ia hasil daripada yang dicuri,” katanya.

Dr. Mahathir berkata konsep amanah ini juga penting dalam pengurusan koperasi kerana ia menentukan jatuh bangunnya organisasi itu.

Katanya sesiapa sahaja yang diberikan tanggungjawab untuk menguruskan koperasi perlu menjalankannya dengan penuh ikhlas dan beramanah.

“Apa sahaja kerja yang diberikan perlu dijalankan dengan amanah. Jangan ambil hak orang. Syarikat (koperasi) akan maju dan dapat kekal kerana sentiasa memperoleh keuntungan,” katanya.

Sementara itu, pengerusi koperasi itu, Juhari Bulat berkata mereka mampu menjana keuntungan yang membolehkan anggota-anggotanya menikmati dividen 10 peratus setiap tahun sepanjang 30 tahun lepas.

Juhari yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Ayer Hangat berkata koperasi itu kini merancang untuk memulakan keusahawanan resort selepas berjaya mengusahakan stesen minyak, kilang tar, hotel dan kedai motosikal. – BERNAMA

Tags: pakatan harapanTun Dr Mahathir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Bantah Syarat 50% Ekuiti Bumiputera Dalam Pelupusan Tanah, Minta Kembalikan Kepada 30%

DAP Bantah Syarat 50% Ekuiti Bumiputera Dalam Pelupusan Tanah, Minta Kembalikan Kepada 30%

24/05/2026
0

KUALA LUMPUR - DAP membantah peningkatan pegangan ekuiti bumiputera kepada 50 peratus bagi pelupusan hartanah bernilai melebihi RM20 juta oleh...

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

17/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Pakatan Harapan (PH) Johor yakin dapat ‘menguburkan’ Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd