• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hayat Ibu Berakhir Selepas Ditikam Anak Kandung

oleh Ahmad Albab
30/06/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

HAYAT seorang ibu berakhir dalam keadaan menyayat hati selepas ditikam anak kandungnya di dapur rumahnya di Kampung RTB Bukit Canggang, Kuala Langat, Semalam.

Kejadian hanya disedari suami dan seorang lagi anak mangsa berusia 12 tahun apabila mereka pulang ke rumah selepas solat Jumaat pada jam 2.10 petang.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Deputi Superitendan Kamalariffin Aman Shah berkata, bapa suspek mendapati anak keenam daripada 10 beradik itu tergesa-gesa berlari ke luar rumah dalam keadaan tangannya berdarah serta hanya memakai tuala.

Katanya, lelaki berkenaan cuba mengejar anaknya berusia 20 tahun yang tidak bekerja itu sebelum menghubungi polis untuk tindakan lanjut.

“Anggota polis yang tiba ke lokasi turut bergelut untuk menahan suspek sebelum berjaya menahannya kira-kira 50 meter dari lokasi kejadian.

“Mangsa yang berusia 50 tahun itu ditemui terbaring di dapur dengan kesan tikaman pisau di bahagian kepala,” katanya kepada NSTP.

Kamalariffin berkata, pisau yang dipercayai digunakan suspek turut ditemui di lokasi kejadian.

Katanya, siasatan awal polis mendapati, ketika kejadian hanya mangsa, suspek dan lima kanak-kanak yang diasuh berusia dua hingga empat tahun berada di dalam rumah itu.

“Semua kanak-kanak itu tidak mengalami kecederaan dan ketika ditahan suspek dilihat seperti kurang waras, namun siasatan masih dijalankan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya. – myMetro Online

Tags: anakDITIKAMmaut
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar, Wan Azizah Ucap Takziah, Dukacita Insiden Pelajar Sekolah Maut

PM Anwar, Wan Azizah Ucap Takziah, Dukacita Insiden Pelajar Sekolah Maut

19/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail melahirkan rasa...

Petronas Sahkan Tiga Pekerja Maut Dalam Insiden di FSO Sepat

Petronas Sahkan Tiga Pekerja Maut Dalam Insiden di FSO Sepat

25/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Petronas mengesahkan satu insiden berlaku ketika kerja-kerja penyelenggaraan bot penyelamat di Kemudahan Penyimpanan dan Pemindahan Terapung (FSO)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd