• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Alvin Mohon Jangan Melampau Disuruh Tukar Agama

oleh
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KERAP berlakon dalam drama Melayu membuatkan segelintir masyarakat sesuka hati suruh Alvin Chong tukar agama sehingga membuatkan dia berasa agak kecewa dengan mentaliti sedemikian.

Menurut Alvin, isu agama baginya telah menggores perasaannya yang merupakan pengganut agama Kristian.

“Saya kecewa apabila ada orang yang tidak kenal bertanya atau berjenaka berkaitan agama serta bertanya bila saya ingin menukar agama.

“Perkara seperti ini juga berlaku terhadap orang Melayu yang berhijrah keluar negara, mereka juga turut melalui perkara yang sama iaitu akan ada yang bertanya dan meminta mereka tukar agama. Itu yang saya rasa,” katanya ketika ditemui oleh pihak mStar Online.

Bagi Alvin, pendekatan untuk menarik seseorang itu mengenali agama Islam seharusnya dilakukan dengan cara yang baik dan sopan.

Hal itu sedikit sebanyak membuatkan dia tidak gemar dengan mentaliti segelintir masyarakat Malaysia yang dilihat seperti sengaja menyebabkan kekecohan.

“Dia perlu kenal dan jadi kawan saya dahulu. Kenapa masih ada orang bermentaliti begini di Malaysia?

“Mereka tanya bila saya nak sunat (bersunat), bila nak masuk Islam dan bergurau tentang agama. Bagi saya ia terlalu peribadi. Saya tidak akan balas mesej-mesej begini kerana ia hanya akan menjadi perkara serius dan sensitif,” ujarnya lagi.

Alvin Chong dan Emma Maembong.

Mengulas tentang dunia lakonan, pelakon berusia 26 tahun itu akui bahawa dia pernah menerima tawaran untuk melakonkan watak sebagai seorang lelaki Melayu.

Bagaimanapun, disebabkan merasai dirinya belum fasih berbahasa Melayu, Alvin terpaksa menolak tawaran berkenaan.

“Ada tawaran yang mahu saya bawa watak lelaki Melayu tapi saya tolak kerana saya rasa tidak bersedia.

“Bahasa Melayu saya masih belum fasih, saya akan minta penulis skrip sama ada dia boleh tukar kepada watak mualaf barulah saya boleh terima,” tambahnya lagi.

Alvin Chong dan penyanyi Filipina, Isabela Vinzon.

Selain berlakon, Alvin tutur bakal keluar dengan single baharu berjudul We Got This pada 29 Jun ini.

Lagu berkenaan akan dinyanyikan olehnya bersama penyanyi berbakat besar dari Filipina iaitu Isabela Vinzon.

Dia menyifatkan Isabella saling tidak tumpah seperti Dayang Nurfaizah kerana mempunyai kekuatan vokal yang hebat.

“Dia seorang yang berbakat besar dan suara dia bagus. Boleh dikatakan sama seperti Dayang Nurfaizah tapi mungkin pengalaman dia kurang dibandingkan dengan Dayang.

“Kami membina keserasian dengan berborak kosong dan bertanya tentang kegemaran masing-masing,” katanya yang juga merupakan pengacara program Can See Your Voice Malaysia. – Mynewshub.tv/AH

Tags: Alvin ChongNetizen
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

Salam Jumaat MB Negeri Sembilan Curi Perhatian Netizen

Salam Jumaat MB Negeri Sembilan Curi Perhatian Netizen

25/09/2026
0

SEREMBAN - Hantaran ringkas Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim di media sosial hari ini mencuri perhatian netizen apabila...

Yang di-Pertuan Agong, Raja Permaisuri Sambut Ulang Tahun Perkahwinan Ke-44, Netizen Titip Doa Hingga Jannah

Yang di-Pertuan Agong, Raja Permaisuri Sambut Ulang Tahun Perkahwinan Ke-44, Netizen Titip Doa Hingga Jannah

22/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah hari ini meraikan ulang tahun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd