• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Kesan Lelaki Beri Pil Tidur Sebelum Samun

oleh Ahmad Albab
29/06/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BALIK PULAU – Polis sedang mengesan seorang lelaki yang memberikan pil tidur kepada dua mangsa sebelum melarikan wang tunai milik mereka dalam kejadian di sebuah tokong Cina di Titi Serong, di sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Supt. A. A Anbalagan berkata dalam kejadian itu, dua lelaki berusia 56 dan 72 tahun itu diberi lima biji pil setiap seorang oleh suspek yang mendakwa ia sebagai ubat untuk penyakit angin ahmar.

“Laporan polis berhubung kejadian itu dibuat anak perempuan seorang daripada mangsa selepas ibunya memaklumkan ayahnya telah tidur dan berkeadaan khayal seharian.

“Wanita itu membawa ayahnya ke tokong berkenaan dan mendapati pakciknya juga berada di situ dalam keadaan terbaring atas lantai serta khayal,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata wanita itu kemudiannya membawa kedua-dua mangsa ke Hospital Balik Pulau untuk rawatan lanjut sebelum ditahan di wad bagi rawatan lanjut.

Anbalagan berkata menurut doktor yang merawat mangsa, ujian air kencing kedua-duanya mengandungi benzodiazepine iaitu bahan aktif pembuatan pil tidur.

“Menurut mangsa, mereka diberikan lima bijil pil oleh suspek yang memaklumkan ia ubat untuk penyakit stroke (angin ahmar) dan selepas memakannya mereka mula hilang kawalan diri serta tertidur.

“Katanya ketika mangsa sedang khayal, suspek itu telah mengambil wang di dalam dompet mereka sebelum melarikan diri.

“Kejadian itu berjaya dirakam kamera litar tertutup yang terdapat di tokong berkenaan dan usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan,” katanya.

Beliau meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung suspek agar menghubungi mana-mana balai polis berdekatan bagi membantu siasatan. – BERNAMA

Tags: kes samunpolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua memaklumkan beliau telah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung hantaran...

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd