• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mukhriz Terima Kunjungan Hormat Duta Besar Perancis

oleh Ahmad Albab
30/06/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr. Mahathir hari ini menerima kunjungan hormat daripada Duta Besar Perancis ke Malaysia, Frederic Laplanche dan Duta Besar Ukraine ke Malaysia, Olexander Nechytaylo.

Pejabat Menteri Besar Kedah dalam kenyataan berkata kunjungan secara berasingan pada pagi dan tengah hari tadi adalah yang pertama kali semenjak Mukhriz dilantik sebagai menteri besar pada 11 Mei lepas.

Dalam pertemuan selama sejam bersama Duta Ukraine, Mukhriz menerima ucapan tahniah dan syabas kepada Pakatan Harapan yang telah berjaya membentuk kerajaan di peringkat persekutuan dan negeri Kedah, serta di atas pelantikan Mukhriz sebagai menteri besar.

“Beliau (Nechytaylo) turut membincangkan beberapa peluang kerjasama yang dapat diterokai bersama dengan kerajaan negeri, termasuk dalam bidang industri dan pembuatan, pendidikan serta sains dan teknologi.

“Beliau (Nechytaylo) memaklumkan mengenai kemajuan Ukraine dalam sektor teknologi, khusus dalam industri aero angkasa, industri berat berteknologi tinggi selain kemajuan dalam sektor pertanian,” menurut kenyataan itu.

Mukhriz turut menjemput kerajaan Ukraine untuk meninjau peluang pelaburan di Taman Teknologi Tinggi Kulim selain menerokai peluang di Taman Industri Sains dan Teknologi yang bakal dibangunkan di Bukit Kayu Hitam.

“Kedua-dua pihak berminat untuk menjalinkan kerjasama dalam kebudayaan dan pelancongan, khususnya dengan kesungguhan kerajaan negeri hendak memajukan tapak tamadun Kedah Tua di Sungai Batu dan Lembah Bujang sebagai tapak warisan dunia,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu dalam pertemuan bersama Duta Besar Perancis, kedua-dua mereka membincangkan pelbagai perkara termasuk ruang kerjasama dalam pelaburan, sosial dan budaya.

“Antara lain, menteri besar menawarkan potensi pembabitan pelabur menerokai peluang di Taman Tinggi Teknologi Kulim (KHTP) dan Bandaraya Getah di Padang Terap yang bakal dibangunkan,” katanya.

Bidang lain yang disentuh dalam pertemuan itu ialah peluang kerjasama dalam pendidikan serta latihan kemahiran dalam industri dan teknologi. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Mukhriz Tun MahathirDuta Besar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Keperluan Untuk Parti Dominan Dalam PH, Semua Setara

30/12/2018
0

PUTRAJAYA - Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata tiada keperluan bagi Pakatan...

J/kuasa Tapis Bekas Pemimpin UMNO Ambil Kira Pandangan Akar Umbi

30/12/2018
0

PUTRAJAYA - Jawatankuasa yang ditubuhkan bagi meneliti dan menapis permohonan keanggotaan bekas pemimpin UMNO untuk menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd