• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Shahidan Dicabar Jawatan Ketua UMNO Bahagian Arau

oleh Ahmad Albab
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ARAU – Setelah lebih 20 tahun kedudukan Datuk Seri Shahidan Kassim sebagai ketua UMNO bahagian Arau tidak pernah dicabar, namun pada pemilihan kali ini beliau akan dicabar oleh Khalid Ahmad yang merupakan Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Perlis.

Jawatan timbalan ketua yang kosong setelah Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tambun Tulang, Datuk Ismail Kassim yang keluar UMNO, bakal menyaksikan pertandingan dua penjuru antara Pegawai Khas Menteri Besar, Yusof Othman dengan ketua UMNO cawangan Kampung Sentua, Utan Aji, Salim Dahaman.

Bekas naib ketua Pergerakan Pemuda UMNO bahagian Arau, Zairul Anwar Khamis pula akan berentap dengan anggota Exco yang juga ADUN Simpang Empat, Nurulhisham Yaakob bagi jawatan naib ketua bahagian yang dikosongkan oleh Datuk Rozabil Abdul Rahman.

Yusof yang juga ketua UMNO cawangan Titi Besi menyifatkan perkembangan positif itu berkait dengan kehendak akar umbi anggota parti itu yang ingin melihat perubahan pucuk pimpinan bahagian.

Katanya mesyuarat pemilihan bahagian itu dijadualkan diadakan di Pusat Khidmat Kubang Gajah di sini pada 30 Jun ini. – BERNAMA

Tags: Shahidan KassimUMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

UMNO Kenang Tun Dr Siti Hasmah, Titip Doa Buat Tun Mahathir

UMNO Kenang Tun Dr Siti Hasmah, Titip Doa Buat Tun Mahathir

28/09/2026
0

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan pemergian Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali...

UMNO Seru Umat Islam Pertahan Kesucian, Keselamatan Tanah Haram

UMNO Seru Umat Islam Pertahan Kesucian, Keselamatan Tanah Haram

21/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan Makkah al-Mukarramah dan Madinah al-Munawwarah mesti kekal terpelihara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd