• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengkalan Kubor : PAS Kelantan Nafi Krisis Dengan Pemimpin

oleh AK-47
13/09/2014
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

TUMPAT – Tidak sampai 24 jam sebelum hari penamaan calon esok, Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor sudah mula mencetuskan kehangatan politik apabila kepimpinan PAS Kelantan dikatakan berselisih faham dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkenaan pemilihan calon parti itu.

Bagaimanapun, Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob menafikan bahawa konflik itu wujud dan berkata pemilihan Wan Rosdi Wan Ibrahim dipersetujui pucuk pimpinan.

Ahmad yang juga Pesuruhjaya PAS Kelantan berkata calon PAS itu diumumkan olehnya tanpa kehadiran Abdul Hadi kerana pemimpin tertinggi PAS itu berada di luar negara.

“Sepatutnya presiden (PAS) yang umumkan calon itu tetapi disebabkan kelewatan penerbangan, beliau tidak sempat untuk hadir,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Ramah Mesra Pemimpin bersama Masyarakat Siam di Wat Machimaran di Tumpat, hari ini.

PRK DUN Pengkalan Kubor diadakan kerana kematian penyandang kerusi itu dari Barisan Nasional (BN) Datuk Noor Zahidi Omar pada 20 Ogos lalu.

Pilihan Raya Umum ke-13 menyaksikan Allahyarham Noor Zahidi menumbangkan calon PKR Saharun Ibrahim dan calon bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary dengan majoriti 1,736 undi.

Hari mengundi bagi pilihan raya DUN Pengkalan Kubor ditetapkan pada 25 September ini.

Sementara itu, Mynewshub.my tiba di kawasan DUN berkenaan dalam daerah Tumpat dan keadaan sekitar menjelang hari esok dilihat meriah.

Sepanjang perjalanan, laluan dari Gua Musang barisan kenderaan didapati agak sesak dengan beberapa lokasi didapati sedikit sesak dipercayai warga Kelantan pulang untuk memeriahkan hari penamaan calon esok.

Esok, dijangkakan akan berlaku pertembungan satu lawan satu antara calon BN Mat Razi Mat Ail yang juga Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Tumpat dan calon PAS iaitu Setiausaha Kawasan Tumpat Wan Rosdi Wan Ibrahim.

Terdapat juga cakap-cakap bahawa Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan turut meletakkan calonnya yang akan bertanding sebagai calon bebas bagaimanapun semuanya akan bergantung selepas hari penamaan calon esok selesai.

Penamaan calon esok akan berlangsung di Pejabat Tanah dan Jajahan Tumpat. Proses pencalonan akan dibuka pada pukul 9 pagi dan ditutup sejam kemudian. – MYNEWSHUB

Oleh : IBNU K

Tags: PASPRK Pengkalan Kubor
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Timbalan Menteri Dakwa Kerajaan Madani, Penjawat Awam Jadi Mangsa Fitnah Isu UEC

Timbalan Menteri Dakwa Kerajaan Madani, Penjawat Awam Jadi Mangsa Fitnah Isu UEC

16/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Aiman Athirah Sabu kesal kerana Kerajaan Madani didakwa telah difitnah...

Konvensyen Melayu: ‘Balik-Balik Yang Untung Parti Dan Orang Politik’

Konvensyen Melayu: ‘Balik-Balik Yang Untung Parti Dan Orang Politik’

11/05/2026
0

KUALA LUMPUR - “Adakah kali ini pimpinan parti Melayu benar-benar serius atau disebabkan Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16) sudah semakin...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd