• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peminjam PTPTN Dikeluarkan Daripada Senarai Hitam

oleh Ahmad Albab
27/06/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sebanyak 429,945 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dikeluarkan daripada senarai hitam sekatan perjalanan oleh Jabatan Imigresen Malaysia sejak 24 Mei lepas.

Pengerusi PTPTN, Wan Saiful Wan Jan berkata proses ‘pemutihan’ nama peminjam itu diselesaikan sepenuhnya pada 8 Jun lepas, seminggu lebih awal daripada tarikh yang dijangka iaitu pada 15 Jun.

Bagaimanapun, beliau meminta mereka yang dikeluarkan daripada senarai hitam berkenaan supaya terus membayar hutang pinjaman pendidikan masing-masing.

“Tindakan ini adalah bagi memenuhi manifesto 100 hari kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) iaitu memansuhkan dasar (sekatan perjalanan itu),” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Susulan langkah itu, katanya, kaunter PTPTN di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) ditutup sepenuhnya berkuat kuasa 1 Julai ini.

Wan Saiful, yang juga bekas Ketua Pegawai Eksekutif Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas), menggantikan Anggota Parlimen Lenggong, Datuk Shamsul Anuar Nasarah sebagai pengerusi PTPTN berkuat kuasa pada 18 Jun lepas.

Dalam pada itu, Wan Saiful berkata pembayaran balik pinjaman pendidikan secara konsisten akan memastikan peminjam tidak mempunyai hutang tertunggak selain rekod mereka bersih dalam Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS).

Selain rekod CCRIS yang bersih, katanya, peminjam PTPTN yang membuat pembayaran lebih awal akan mendapat penjimatan pinjaman ujrah sebanyak 1 peratus selain diskaun 20 peratus untuk bayaran penuh atau 10 peratus untuk bayaran 50 peratus daripada baki hutang dalam sekali bayaran.

CCRIS adalah sistem berpusat yang dibangunkan Bank Negara Malaysia bagi mengumpul dan menyimpan semua data berkaitan kredit atau hutang milik individu atau syarikat dengan bank serta institusi lain dan menjadi rujukan semua institusi kewangan atau penyedia kredit di Malaysia.

Ditanya mengenai manifesto PH untuk menangguhkan pembayaran balik pinjaman PTPTN kepada semua peminjam yang bergaji kurang daripada RM4,000 sebulan, beliau berkata para peminjam terbabit perlu meneruskan pembayaran balik sehingga satu pengumuman rasmi dibuat PTPTN pada Ogos nanti. – BERNAMA

Tags: PTPTN
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Adam Adli Jadi ‘Bahan Lawak’ Netizen

Adam Adli Jadi ‘Bahan Lawak’ Netizen

16/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Pelantikan Adam Adli Abdul Halim sebagai Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi (KPT) mencetuskan gelombang reaksi di media sosial, namun...

Pendidikan Percuma PTPTN Untuk 5,800 Pelajar Keluarga Miskin

Pendidikan Percuma PTPTN Untuk 5,800 Pelajar Keluarga Miskin

10/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memberikan pendidikan percuma melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada 5,800 pelajar dari keluarga miskin...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd