• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lebih 80% Ruang Pejabat Di Medini 9 Telah Disewa

oleh Ahmad Albab
26/06/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ISKANDAR PUTERI – Lebih 80 peratus daripada ruang pejabat di bangunan pejabat premium Medini Iskandar Malaysia, Medini 9, telah disewa oleh syarikat tempatan dan antarabangsa.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Medini Iskandar Malaysia Sdn. Bhd. (MIMSB), Dr. James Tee berkata kadar penghunian adalah menggalakkan dan ini akan membawa kepada peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.

“Kebanyakan mereka adalah syarikat antarabangsa yang membawa bersama teknologi mereka, dan pada masa sama mereka turut menggaji penduduk tempatan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian Medini 9 oleh Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian di sini hari ini.

Penyewa bagi bangunan pejabat 21 tingkat itu termasuklah Ernst and Young, Iskandar Investment Bhd., OK Blockchain Centre, Deluxe Game, edotco dan CO3 Social Office Sdn. Bhd.

MIMSB merupakan pemaju utama Medini Iskandar Malaysia (Medini), perbandaran seluas 902.4 hektar yang juga adalah pusat perniagaan utama di Iskandar Puteri.

Medini 9 adalah bangunan pejabat yang ketiga dibangunkan oleh MIMSB selepas Medini 6 dan Medini 7. – BERNAMA

Tags: Iskandar Malaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Iskandar Malaysia Tarik Pelaburan RM273 Bilion

08/11/2018
0

JOHOR BAHRU - Iskandar Malaysia mencatatkan pelaburan sebanyak RM19.8 bilion dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini, meraih pelaburan komited...

Iskandar Malaysia Berdepan Cabaran Bandar

07/08/2018
0

SINGAPURA – Iskandar Malaysia, wilayah pembangunan ekonomi merangkumi kawasan seluas 2,217 kilometer persegi di bahagian selatan Johor, ketika ini berdepan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd