• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ahad Minggu Pertama Julai Sambutan Hari Ibu Dan Bapa

oleh Ahmad Albab
27/06/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Ahad minggu pertama pada Julai setiap tahun diisytiharkan sebagai sambutan Hari Ibu dan Bapa, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Beliau, yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata sambutan Hari Ibu dan Hari Bapa yang sebelum ini diasingkan kini digabungkan bermula tahun ini.

“Sambutan Hari Ibu dan Bapa adalah bagi menghargai komitmen mereka dalam mendidik dan membesarkan anak.

“Kesungguhan dan komitmen ibu bapalah yang membentuk sebuah keluarga yang bahagia dan sejahtera,” ucap beliau pada sambutan Hari Ibu dan Bapa Peringkat Kebangsaan bertemakan ‘Ibu dan Bapa Anugerah Terindah’ di Dewan 2020, di sini hari ini.

Dalam pada itu, menyedari hakikat jumlah wanita bekerjaya kini semakin meningkat dan memberi impak kepada institusi kekeluargaan, pihaknya akan menubuhkan Majlis Penasihat dan Perundingan Kesejahteraan Keluarga Negara (MPPKKN) pada Ogos ini.

“Satu daripada lima wanita bekerja alami masalah untuk mengimbangi peranan di antara kerjaya dan keluarga.

“Masalah utama dihadapi wanita bekerja ialah meluangkan masa bersama keluarga, penjagaan anak dan kurang masa untuk diri sendiri,” kata Wan Azizah.

Beliau berkata Kajian Indeks Kesejahteraan Keluarga 2016 juga mendapati tahap hubungan kekeluargaan di Malaysia masih pada tahap sederhana.

Wan Azizah berkata beliau sendiri akan mempengerusikan MPPKKN, yang akan bertindak sebagai badan penasihat dan perunding utama kepada kerajaan mengenai isu-isu kekeluargaan.

“Majlis itu juga akan meningkatkan komitmen dan penglibatan pelbagai pihak untuk mengutamakan perspektif keluarga dalam segala usaha pembangunan sosio-ekonomi termasuk penguatkuasaan undang-undang, dasar dan perkhidmatan serta kemudahan mesra keluarga,” katanya. – BERNAMA

Tags: Wan Azizah Wan Ismail
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Belum Ada Perbincangan Mendalam RUU Kekal Kerajaan Hingga Akhir Penggal – Fahmi

Anwar, Wan Azizah Titip Doa Buat Putera Mateen Dan Pasangan

14/01/2024
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mendoakan semoga...

Anwar Akan Terajui Negara Jika PH Kembali Berkuasa

10/03/2020
0

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menerajui negara jika pakatan harapan sekali lagi berkuasa, menurut bekas Timbalan Perdana...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd