• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemandu Teksi, E-Hailing Masih Degil Carum Perkeso

oleh AK-47
26/06/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kerajaan menzahirkan rasa kecewa terhadap sikap pemandu penyedia perkhidmatan e-hailing dan teksi yang masih berdegil untuk mencarum dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Menteri Tenaga Manusia, M. Kula Segaran berkata daripada hampir 90,000 pemandu teksi dan e-hailing, hanya 4,231 pemandu yang mencarum dengan Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri setakat April 2018.

“Perkeso berhasrat untuk memperluaskan jaringan keselamatan kepada semua rakyat Malaysia. Tapi malangnya kurang daripada 5,000 yang mendaftar. Kami menggalakkan masyarakat supaya mendaftar sebab kami bersedia memberi mereka perlindungan,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Seminar ‘Malaysia Commuting Accident and Road Safety’ (MyCARSS 2018) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai status caruman Perkeso pemandu Grab yang maut akibat dijerut di dalam kenderaannya baru-baru ini.

Sebagai menjawab persoalan itu, Ketua Eksekutif Perkeso, Datuk Seri Dr. Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata pihaknya telah menyemak sistem pangkalan data sejurus mendapat maklumat mengenai insiden itu, namun hasilnya mengecewakan kerana mangsa tidak mencarum dengan Perkeso. ​​​​​​​

​​​​​​​​​​​​​​”Apa yang kami mahukan adalah bekerjasama rapat dengan Grab oleh kerana mereka mempunyai senarai penuh pemandu, kami hanya mahu mereka membantu kami sebab sebahagian bayaran dibuat menerusi Grab dan mereka boleh membuat potongan terus kepada Perkeso. Inilah bantuan yang kami mahu.

“Kami cuba beberapa kali untuk bertemu wakil Grab agar mereka dapat membantu Perkeso namun tiada sesuatu pun yang dilakukan setakat ini. (Kes pembunuhan) ini satu daripada contohnya. Jika mereka bekerjasama rapat dengan Perkeso dan memastikan semua pemandu berdaftar, kami boleh menyediakan manfaat dengan segera. Saya harap Grab akan tampil untuk bekerjasama dengan Perkeso,” katanya.

Beliau berkata golongan itu perlu mencarum kerana jika ditimpa kemalangan tanpa mencarum, mereka tidak akan mendapat sebarang manfaat.

“Hanya (dengan) RM150 setahun dan mereka akan mendapat manfaat. Pemandu boleh datang sendiri ke mana-mana cawangan Perkeso untuk mendaftar,” katanya.

Skim tersebut dikuatkuasakan pada 1 Jun 2017 dan semua pemandu teksi dan e-hailing diwajibkan berdaftar dengan skim itu bagi mewujudkan jaringan keselamatan sosial, selain menjamin kesinambungan hidup jika berlaku kemalangan atau kematian. – BERNAMA

Tags: e-hailingPerkeso
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pemandu E-Hailing Semakin Tertekan?

Pemandu E-Hailing Semakin Tertekan?

13/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Golongan pemandu e-hailing terus meluahkan rasa tidak puas hati terhadap keadaan semasa industri yang didakwa semakin menekan...

Pemandu E-hailing Cedera Di Muka, Dipukul Dengan Pengunci Stereng

Pemandu E-hailing Cedera Di Muka, Dipukul Dengan Pengunci Stereng

28/12/2025
0

Johor Bahru: Seorang lelaki cedera di muka selepas dipukul menggunakan alat pengunci stereng dalam kejadian dipercayai berpunca akibat salah faham...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd