• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penunggang Motosikal Gagal Bayar Saman Akan Disenarai Hitam

oleh Ahmad Albab
08/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penunggang motosikal yang melanggar undang-undang trafik akan dikenakan denda maksimum dalam Ops Tegas, kata Bukit Aman.
Waran tangkap akan dikeluarkan terhadap mereka yang gagal menyelesaikan saman dan kenderaan mereka juga akan disenarai hitam.

Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner, Datuk Mohd Fuad Abdul Latiff berkata ia merupakan langkah terbaru yang akan diambil oleh pasukannya dalam mengesan pemandu yang gagal mematuhi undang-undang.

Beliau berkata dalam tempoh tiga hari sejak operasi tersebut dijalankan di seluruh negara bermula 2 Februari lalu, sebanyak 9, 686 kenderaan telah diperiksa dan 4,203 saman telah dikeluarkan.

“Kami juga telah menyita 152 motosikal kerana membuat pengubahsuaian secara haram dan memandu tanpa lesen yang sah.

“Kesalahan paling kerap dilakukan ialah memandu tanpa cukai jalan yang sah,” katanya kepada The Star pada Jumaat.

Beliau berkata penunggang motosikal yang degil akan dikenakan denda maksimum RM300.

“Penunggang dan pembonceng motosikal mencatatkan kadar kematian paling tinggi iaitu 63 peratuss pada tahun lalu.

“Operasi ini diharap dapat mengurangkan jumlah kematian,” katanya.

Mohd Fuad berkata mereka yang melakukan pengubahsuaian secara haram terhadap motosikal mereka bukan membahayakan diri mereka malah motosikal tersebut tidak sesuai untuk dipandu dalam kelajuan yang tinggi.

“Kami juga akan mengesan mereka yang membenarkan pihak ketiga menunggang motosikal mereka tanpa lesen.

“Jangan terkejut sekiranya kita merampas motosikal mereka,” katanya sambil memberi amaran penunggang motosikal agar membetulkan semula pengubahsuaian secara haram yang dibuat atau mereka perlu berhadapan dengan tindakan tegas daripada pihak polis. – mStar

Tags: saman
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiga ADUN Fail Saman Cabar Keputusan Speaker Isytihar Kekosongan Kerusi

Tiga ADUN Fail Saman Cabar Keputusan Speaker Isytihar Kekosongan Kerusi

02/01/2026
0

Kangar: Setelah lama mendiamkan diri di sebalik kemelut politik yang melanda Perlis, tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perlis secara...

Saman Pemula UMNO Mohon Pindah Milik Tanah Daripada Tun M, 3 Yang Lain Didengar 24 Jun

Saman Pemula UMNO Mohon Pindah Milik Tanah Daripada Tun M, 3 Yang Lain Didengar 24 Jun

18/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 24 Jun ini untuk mendengar saman pemula difailkan UMNO bagi mendapatkan pengisytiharan supaya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd