• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Piala Dunia: Uruguay Dahului Kumpulan Benam Rusia 3-0

oleh AK-47
26/06/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MOSCOW – Rusia perlu menerima hakikat bahawa mereka tewas 0-3 kepada Uruguay pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan ketika Portugal dan juara 2010, Sepanyol dilihat tidak berdepan masalah untuk menempah tiket ke kelompok 16 terbaik.

Tuan rumah mencipta kegembiraan di dua perlawanan awal dengan menewaskan Arab Saudi dan Mesir biarpun pada mulanya tidak diletakkan sebarang harapan, namun mereka gagal meneruskan rentak kemenangan itu ketika turun bertemu pasukan dari Amerika Selatan itu.

Sepakan percuma dari bintang Barcelona Luis Suarez, gol sendiri Denis Cheryshev dan jaringan lewat perlawanan disempurnakan Edinson Cavani mengesahkan Uruguay selaku peneraju Kumpulan A dengan Russia turut mara ke pusingan kalah mati selepas menduduki tempat kedua.

Rusia yang akan bertemu juara Kumpulan B tidak dapat menggunakan khidmat Igor Smolnikov yang dilayangkan kad merah 10 minit sebelum tamat separuh masa pertama di Samara ketika ketinggalan 2-0.

“Sudah tentu beberapa perlawanan pertama akan menyebabkan anda tegang dan tidak mahu melakukan kesalahan,” kata pemain terbaik perlawanan, Suarez.

“Satu kesilapan boleh menjadi sangat mahal. Hari ini kami masuk ke padang dengan sikap dan perspektif berbeza dan ia akan menjadikan permainan lebih baik. Itulah yang kami lihat di atas padang.”

Jurulatih Rusia, Stanislav Cherchesov mengakui kecewa dan berkata, adalah baik tewas sekarang berbanding perlawanan seterusnya nanti.

Beliau turut mengenal pasti bahawa pemainnya dilihat gementar di babak awal namun secara psikologinya mereka sudah bersedia menempuh pusingan kalah mati.

“Hasilnya sangat mudah. Kami lakukan apa yang perlu kami lakukan.

“Tapi anda tidak boleh memulakan permainan di tahap ini dengan melakukan kesilapan seperti itu – membuka peluang untuk menjaringkan gol,” katanya. – Agensi

Tags: RusiaUruguay
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Russia Digantung Kerana Perang, AS Dan Israel Tak Mengapa – Apa Sudah Jadi Pada FIFA? 

Russia Digantung Kerana Perang, AS Dan Israel Tak Mengapa – Apa Sudah Jadi Pada FIFA? 

11/03/2026
0

Oleh Mynewshub APABILA Russia menceroboh Ukraine pada 2022, Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) terus menggantung negara...

Menunggu Macam Orang Bodoh – Pakistan Keluar Nota Bantahan Kepada Rusia

Menunggu Macam Orang Bodoh – Pakistan Keluar Nota Bantahan Kepada Rusia

13/12/2025
0

BREAKING: Pakistan Mengeluarkan Protes Diplomatik Ke Atas Rusia Selepas Putin Tidak Hadir Pada Pertemuan Dengan PM Shehbaz Sharif Ashgabat, Turkmenistan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd