• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tikus ‘Amuk’ Hancurkan Mesin ATM, Wang RM71,000

oleh
26/06/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEMPAR… Misteri sebuah mesin juruwang automatik (ATM) yang masih ‘sarat’ dengan wang kertas tetapi sistem tidak dapat mengesan sebarang wang dalam mesin tersebut akhirnya terbongkar.

Sebelum itu, pihak juruteknik mengesahkan bahawa tiada kerosakan dikesan pada sistem mesin berkenaan manakala pihak polis tempatan di India juga tidak mendapati sebarang pencerobohan atau kegiatan jenayah.

Bagaimanapun ternyata, ia sebenarnya berpunca daripada perbuatan balas dendam oleh sekumpulan tikus yang mungkin mengamuk apabila haiwan mamalia comel itu gagal ‘curi’ wang tunai disimpan dalam ATM tersebut.

Hal pelik itu pada mulanya disedari oleh seorang pegawai cawangan bank berkenaan selepas beberapa penduduk tempatan membuat aduan bahawa mesin tersebut sebagai rosak dan langsung tidak mengeluarkan wang.

“Pegawai bank datang untuk periksa ATM itu dan mendapati ada bangkai tikus dan wang kertas yang koyak menjadi cebisan kecil,” kata Superintenden Polis Daerah Mugdhajyoti, Dev Mahanta kepada agensi berita asing AFP.

Menurutnya, wang tunai berjumlah lebih 12 lakh rupee (kira-kira RM71,000) dalam mesin berkenaan yang terletak di daerah Tinsukian, Assam itu hancur akibat digigit oleh tikus yang barang kali terdesak mencari makanan.

“Kami sudah periksa dan mendapati tiada penjenayah atau unsur konspirasi dalam insiden kerosakan ATM ini. Kemungkinan tikus berjaya bolos masuk mesin tersebut melalui lubang kecil bagi wayar,” tambah Mahanta.

Gambar tular menerusi media sosial tempatan menunjukkan timbunan wang dalam mesin seolah-olah dicarik-carik dan ia juga kes kedua di dunia selepas berlaku di Astana, Kazakhstan awal tahun ini. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: mesin ATMtikus
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tikus Jamah Ayam Goreng, Lesen Restoran Dibatalkan Serta-Merta

Tikus Jamah Ayam Goreng, Lesen Restoran Dibatalkan Serta-Merta

26/12/2022
0

Ampang Jaya : Restoran di Pandan Indah, di sini, dikenakan tindakan pembatalan lesen serta-merta susulan seekor tikus ditemui menjamah ayam...

Video Tular Tikus ‘Jamah’ Ayam Goreng, Restoran Diarah Tutup

Video Tular Tikus ‘Jamah’ Ayam Goreng, Restoran Diarah Tutup

25/12/2022
1

PUTRAJAYA : Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan sebuah restoran di Pandan Indah, Kuala Lumpur, ditutup 14 hari selepas tular video menunjukkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd