• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tidak Wajar Guna Bahasa Cina Dalam Kenyataan Rasmi

oleh Haris
25/06/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penggunaan bahasa Mandarin dalam sesuatu kenyataan rasmi kerajaan harus dihentikan sebagai menghormati Perlembagaan Persekutuan yang jelas mengkiktiraf bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Menurut bekas Penasihat Sosiobudaya Kerajaan, Tan Sri Dr. Rais Yatim, tidak wajar untuk sebarang kenyataan rasmi yang diedarkan kepada umum menggunakan bahasa selain daripada bahasa kebangsaan.

Jelasnya, bahasa Melayu sahaja sebenarnya sudah mencukupi dalam mengeluarkan kenyataan kerana ia boleh difahami oleh rakyat Malaysia.

Rais yang kini merupakan ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) berkata, beliau tidak pernah menyaksikan amalan mengeluarkan kenyataan dalam bahasa Mandarin sepanjang terlibat dalam politik selama 40 tahun.

“Saya fikir amalan tersebut tidak wajar dilakukan kerana kerajaan tidak pernah mengeluarkan apa-apa kenyataan dalam bahasa selain daripada bahasa kebangsaan atau bahasa Inggeris yang dibenarkan di bawah prosedur Parlimen.

“Oleh itu, saya dengan rasa rendah hati memohon jika benar terdapat amalan sedemikian supaya tidak diteruskan dan kita menghormati kehendak Perlembagaan Persekutuan menggunakan bahasa kebangsaan,” katanya memetik laporan sebuah akhbar tempatan.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media selepas menghadiri Forum Pasca Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14)  sebagai salah seorang ahli panel di Universiti Kebangsaan Malaysia, dekat sini, hari ini.

Rais menyatakan perkara itu sebagai mengulas mengenai tindakan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang menggunakan bahasa Mandarin dalam sebuah kenyataan rasmi mengenai isu Tun Razak Exchange, Khamis lalu.

Biarpun, menyebarkan kenyataan rasmi tersebut dalam tiga bahasa iaitu bahasa Mandarin, bahasa Melayu dan bahasa Inggeris, Guan Eng ditempelak oleh ramai pihak yang merasakan ianya tidak perlu dilakukan.

Mengeruhkan lagi keadaan, Guan Eng kemudiannya tampil mempertahankan tindakannya dengan mengeluarkan satu kenyataan di Facebook menggunakan bahasa Mandarin sahaja.

Tindakannya itu menunjukkan sikap tidak sensitif bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu yang nyata enggan menerima nasihat dan kritikan ramai.

Malah, Guan Eng juga sebelum ini melakukan perkara yang sama apabila ditegur oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai sikapnya yang sering memainkan isu hutang negara. –MYNEWSHUB.CC

Tags: Lim Guan EngTan Sri Rais Yatim
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Saran PMX Anwar Sasar Pihak Bank, Bukan Golongan T20

Lim Guan Eng Saran PMX Anwar Sasar Pihak Bank, Bukan Golongan T20

13/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Guan Eng menyarankan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya menyasarkan pihak bank berbanding...

Lim Guan Eng Tegur PMX Anwar: Tidak Patut Memecahbelahkan Rakyat Golongan T20, 80 Peratus

Lim Guan Eng Tegur PMX Anwar: Tidak Patut Memecahbelahkan Rakyat Golongan T20, 80 Peratus

13/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak sepatutnya memecahbelahkan rakyat kepada 'kami' dan 'mereka' iaitu golongan berpendapatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd