• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Persidangan DUN Pahang Pertama Bermula 2 Julai

oleh Ahmad Albab
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang pertama selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dijadualkan pada 2 Julai ini.

Sumber berkata sidang pertama di Wisma Sri Pahang itu akan menyaksikan pelantikan Speaker DUN selain upacara mengangkat sumpah 42 Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang dipilih rakyat pada PRU14.

“Istiadat perasmian oleh Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dijadualkan berlangsung pada 23 Julai depan diikuti sidang DUN selama lima hari,” katanya semasa dihubungi di sini, hari ini.

Berhubung pemilihan Speaker, sumber berkata kemungkinan Datuk Seri Ishak Muhamad, 65, yang juga anak kelahiran Pekan, akan dikekalkan sebagai Speaker DUN Pahang untuk penggal kedua selepas dilantik kali pertama pada 1 Julai 2013.

Beliau pernah berkhidmat sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik selama 13 tahun dan menjadi ADUN Bebar selain dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Usahawan dan Koperasi negeri selepas Pilihan Raya Umum ke-12.

Pada PRU14 lepas, Barisan Nasional (BN) kekal menerajui Pahang apabila memenangi 25 daripada 42 kerusi DUN yang dipertandingkan manakala Pakatan Harapan yang bertanding menggunakan logo PKR memperoleh sembilan kerusi dan PAS mendapat lapan kerusi. – BERNAMA

Tags: DUNkerajaan pahang
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

DUN Sarawak Bubar, PRN Bakal Berlangsung

DUN Sarawak Bubar, PRN Bakal Berlangsung

23/10/2026
0

KUCHING - Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak dibubar pada Isnin depan bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan....

Calon BERSAMA Lau Yi Leong Dedah Belanja Kempen DUN Johor Jaya Lebih RM50,000

Calon BERSAMA Lau Yi Leong Dedah Belanja Kempen DUN Johor Jaya Lebih RM50,000

12/08/2026
0

JOHOR BAHRU – Calon parti BERSAMA bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor Jaya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, 11...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd