• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pasang Papan Tanda, Bukan Pantau Pelancong

oleh AK-47
25/06/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – MCA memberi amaran kepada penguatkuasa agama Terengganu agar tidak mengambil kesempatan ke atas pelancong yang memakai bikini kerana ingin memantau mereka di pantai dan pulau milik negeri itu.

MCA Terengganu mencadangkan agar papan tanda pakaian yang bersesuaian di kawasan pantai negeri berkenaan didirikan agar pengunjung bukan beragama Islam dapat mengelakkan diri daripada disoal oleh pegawai penguatkuasa.

“Bagi mengelakkan salah faham dan perbalahan, lebih selamat letakkan papan tanda di kawasan pantai, menunjukkan pakaian pantai yang dibolehkan untuk golongan Muslim dan bukan Muslim,” kata pengerusi jawatankuansa MCA Terengganu, Datuk Toh Chin Yaw dalam kenyataan yang dikeluarkan Ahad.

Kata Toh, ia adalah maklum balas kepada laporan yang menyatakan pengerusi jawatankuasa pembangunan insan, dakwah dan penerangan negeri, Mohd Nor Hamzah yang berkata bahawa kerajaan negeri tidak akan mengenakan tindakan ke atas pengunjung bukan Islam yang memakai bikini.

Bagaimanapun, Mohamad Nor menambah, pihak berkuasa mungkin akan mendekati pelancong untuk ‘berbincang’ dari masa ke semasa.

Kata Toh, ‘mendekati pelancong’ juga bermaksud bahawa pihak berkuasa akan memantau mereka yang bercuti sebelum ‘mendekati’ dan ‘berbincang’.

“MCA Terengganu tidak mahu situasi ini dieksploitasi oleh pegawai penguatkuasa,” kata beliau.

Tambahnya, MCA Terengganu menyuarakan kebimbangan terhadap mereka yang kelihatan seperti seorang Melayu Muslim akan disaman secara tidak sengaja oleh pihak berkuasa.

Beliau menambah bahawa papan tanda juga harus menyatakan tentang perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan di pantai.

Ia termasuklah menyatakan tentang tingkah laku yang tidak dapat diterima termasuk berbogel, membuang sampah, membawa bekas kaca, mengganggu penyu, dan memasang lampu bersinar pada waktu malam yang boleh menakutkan penyu yang baru lahir. – mStar Online

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sultan Selangor Seru Orang Melayu Bersatu, Perpecahan Melemahkan Kedudukan Bangsa Di Tanah Air Sendiri

Sultan Selangor Seru Orang Melayu Bersatu, Perpecahan Melemahkan Kedudukan Bangsa Di Tanah Air Sendiri

21/05/2026
0

SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah supaya orang Melayu dan umat Islam negara ini terus bersatu...

“Dah Kena Viral Baru Mengelabah” – Kenyataan TNB Terima Reaksi Sinis Netizen

“Dah Kena Viral Baru Mengelabah” – Kenyataan TNB Terima Reaksi Sinis Netizen

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Penjelasan Tenaga Nasional Berhad (TNB) berhubung isu sebuah keluarga di Kuala Sat, Jerantut yang hidup tanpa bekalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd