• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cemar Identiti Negara Boleh Cetus Pergolakan

oleh Haris
25/06/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin tampil bersuara menegur kerajaan Pakatan Harapan (PH) dalam isu memartabatkan bahasa kebangsaan di negara ini.

Jelas Mohd. Asri atau lebih dikenali dengan nama Dr. Maza, Malaysia mempunyai identitinya yang tersendiri terutamanya melibatkan Bahasa Kebangsaan iaitu bahasa Melayu.

Justeru, Mohd. Asri berkata, seandainya identiti berkenaan tidak dimartabatkan oleh kerajaan PH dalam pentadbiran negara, ianya akan mengundang masalah pada masa hadapan.

“Bahasa Kebangsaan ialah bahasa Melayu. Tiada masalah dengan bahasa kebangsaan itu sejak sekian lama. Ia bukan punca pertelingkahan bahkan ia antara sebab perpaduan di negara kita,” ujarnya dalam satu kenyataan yang dimuat naik di Facebook, hari ini.

Tambahnya, kerajaan sepatutnya melihat contoh yang baik dari negara jiran iaitu Indonesia yang mengangkat bahasa Indonesia menjadi bahasa pengantar bagi setiap kaum yang menetap di Indonesia.

Mohd. Asri berkata, perkara tersebut telah menjadikan Indonesia mempunyai satu identiti yang kuat dan tersendiri buat rakyatnya yang semua fasih berbahasa kebangsaan mereka.

Oleh itu, beliau turut menasihati kerajaan baharu PH supaya tidak mencemari identiti negara ini yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi memandangkan ia boleh mengeruhkan keadaan.

“Di Indonesia, bahasa Indonesia diangkat. Semua kaum di sana fasih berbahasa negara mereka.

“Ingatan untuk kerajaan baharu bahawa jika awal-awal lagi identiti yang menyatukan rakyat itu hendak dicemari, maka ialah tanda satu petanda bahawa keadaan yang tidak damai dan tenteram akan melanda negara ini,” katanya lagi.

Biar pun beliau tidak menyebut secara khusus kepada siapa teguran itu disampaikan, difahamkan teguran berkenaan merujuk kepada kenyataan akhbar Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

Sejak kebelakangan ini, Guan Eng serta kerajaan PH semakin berani mengeluarkan kenyataan rasmi dalam bahasa Mandarin yang menimbulkan kebingungan rakyat Malaysia.

Perkara itu juga menyebabkan orang ramai mempersoalkan apa rasionalnya kenyataan dalam bahasa Mandarin dikeluarkan sebagai kenyataan rasmi berhubung sesuatu isu.

Dalam pada itu, Guan Eng menerusi kenyataannya dalam laman sosial Facebook mempertahankan tindakannya mengeluarkan kenyataan dalam bahasa Mandarin seiring dengan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.

Jelasnya, perkara tersebut berhak dilakukannya mengikut Artikel 152(1) Perlembagaan Persekutuan yang tidak melarang penggunaan dan pembelajaran bahasa lain di negara ini.

Alasan ini bagaimanapun ditolak kerana kenyataan tersebut ialah kenyataan rasmi Kementerian Kewangan, yang sepatutnya dikeluarkan dalam bahasa Melayu dan terjemahan dalam bahasa Inggeris atau bahasa lain sekiranya ada keperluan. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Lim Guan EngProf Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Saran PMX Anwar Sasar Pihak Bank, Bukan Golongan T20

Lim Guan Eng Saran PMX Anwar Sasar Pihak Bank, Bukan Golongan T20

13/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Guan Eng menyarankan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya menyasarkan pihak bank berbanding...

Lim Guan Eng Tegur PMX Anwar: Tidak Patut Memecahbelahkan Rakyat Golongan T20, 80 Peratus

Lim Guan Eng Tegur PMX Anwar: Tidak Patut Memecahbelahkan Rakyat Golongan T20, 80 Peratus

13/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak sepatutnya memecahbelahkan rakyat kepada 'kami' dan 'mereka' iaitu golongan berpendapatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd