• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Colombia Hadiahkan Kemenangan Kepada Sanchez

oleh AK-47
25/06/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KAZAN – Jurulatih Colombia, Jose Pekerman menghadiahkan kemenangan penting 3-0 mengatasi Poland kepada pemain tengah, Carlos Sanchez selepas laporan pemain tengah berkenaan menerima ugutan bunuh kerana kad merah yang diperolehnya ketika menentang Jepun.

Sanchez digantung dalam aksi di Kazan Arena dengan Colombia kembali dalam saingan merebut tiket ke pusingan kedua manakala Poland tersingkir dan menurut Pekerman mereka terpaksa mengharungi tempoh sukar selepas dia disingkirkan seawal minit ketiga ketika tewas 1-2 kepada Jepun.

Pemain tengah kelab Espanyol berkenaan boleh diturunkan apabila aksi penentuan Kumpulan H apabila menentang Senegal.

Pekerman berkata, beliau berbincang dengan semua pemain apabila mahu menghadiahkan kemenangan Colombia kepada pemain berusia 32 tahun itu.

“Kejayaan ini ditujukan kepada Carlos Sanchez kerana dia mengharungi tempoh sukar dalam beberapa hari lalu. Saya dan kami mahu berkongsi dengannya,” jelasnya.

“Saya menyatakannya secara peribadi namun ia sesuatu yang dirasai seluruh skuad.”

Walaupun enggan mengesahkan laporan (ancaman bunuh), beliau hampir mendedahkannya.

Bekas pemain Colombia, Andres Escobar dibunuh selepas menjaringkan gol sendiri, menyumbang kekalahan kepada Amerika Syarikat (AS) ketika Piala Dunia 1994 dan tersingkir daripada kejohanan.

Pekerman menambah: “Kami menerima maklumat tertentu namun tiada yang boleh saya sahkan. Pemain sangat terjejas dengan perkara ini.

“Ia melangkaui bola sepak. Ia adalah sukan di mana kami bermain dengan bersungguh-sungguh dan dedikasi namun perkara ini tidak seharusnya diambil mudah.

“Sama ada ia betul atau sebaliknya…ia sangat menyakitkan.” – AFP

Tags: columbiaPiala Dunia 2018
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Pussy Riot’ Ganggu Final Piala Dunia

16/07/2018
0

MOSCOW - Perlawanan akhir Piala Dunia antara Perancis dan Croatia sedikit terganggu apabila empat individu termasuk dua wanita memasuki padang...

Putin Raikan Kejayaan Politik Piala Dunia 2018

17/07/2018
0

RUSIA memberikan persembahan yang boleh dibanggakan dalam kejohanan Piala Dunia 2018 di negara sendiri, melepasi jangkaan hampir semua pihak tentang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd