• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mohd Shahar Tekad Sokong Perjuangan UMNO

oleh
24/06/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MESKIPUN tidak menang bertanding dalam jawatan Ketua Pemuda UMNO, Mohd Shahar Abdullah bertekad untuk terus memberikan komitmen terhadap perjuangan parti tersebut.

Shahar yang merupakan salah seorang calon yang bertanding bagi jawatan tertinggi itu mengucapkan tahniah kepada Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki kerana dipilih oleh perwakilan untuk menjadi Ketua Pemuda UMNO baharu.

Katanya, beliau menghormati keputusan tersebut dan menerima secara baik serta rasa bertanggungjawab dalam perjuangan UMNO.

“Marilah kita bersama-sama memberikan sokongan tanpa berbelah bahagi kepada saf kepemimpinan baharu demi kelangsungan parti keramat UMNO yang kita cintai ini.

“Tanggungjawab serta amanah telah diberikan kepada kita sama ada mewakili parti ataupun rakyat perlu diteruskan dan diperjuangkan,” katanya menerusi laman Facebook miliknya.

Jelas Shahar, beliau akan meneruskan agenda mendekati anak muda dengan penuh kepatuhan dan semangat yang tinggi bagi memastikan suara golongan berkenaan dalam parti itu terus memberikan impak kepada kepimpinan UMNO.

“Agenda anak muda pasti akan saya teruskan dengan penuh kepatuhan dan semangat yang tinggi bagi memastikan suara golongan ini dalam parti terus menerus memberikan impak kepada kepimpinan UMNO.

“Roh perjuangan UMNO wajib dihidupkan dan disegarkan kembali bagi meniupkan semangat yang baharu dalam kita menjadi wakil yang berwibawa kepada ahli dan rakyat Malaysia amnya,” ujarnya lagi.

Shahar juga betekad mahu meneruskan agenda pembangunan dan kebajikan rakyat sebagai perjuangan UMNO untuk rakyat. – MYNEWSHUB.CC

*Video sekadar hiasan…

Tags: Mohd ShaharUMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Keahlian Meningkat, 14,045 Ahli Baharu UMNO Daftar Secara Dalam Talian – Asyraf Wajdi

Keahlian Meningkat, 14,045 Ahli Baharu UMNO Daftar Secara Dalam Talian – Asyraf Wajdi

02/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki memaklumkan jumlah keahlian baharu parti itu menerusi pendaftaran secara...

Tidak Ramai Dalam Kerajaan Perpaduan Ada Pengalaman Seperti UMNO

Tidak Ramai Dalam Kerajaan Perpaduan Ada Pengalaman Seperti UMNO

02/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden UMNO menegaskan tidak ramai dalam Kerajaan Perpaduan mempunyai pengalaman luas mengurus negara seperti dimiliki parti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd