• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kedah Sedia Berbincang Dengan Negeri Jiran Isu Air

oleh Ahmad Albab
24/06/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JITRA – Kerajaan Kedah sedia berbincang dengan kerajaan Pulau Pinang dan Perlis berhubung isu pembalakan di Ulu Muda, Sik dalam usaha melindungi kawasan itu dan mengekalkannya sebagai kawasan tadahan air untuk kepentingan bersama.

Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir berkata, perbincangan itu juga termasuk permintaan pampasan daripada kerajaan pusat sebagai ganti premium hutan untuk pembalakan berikutan Kedah tidak mempunyai sumber pendapatan lestari seperti minyak dan gas yang ada pada negeri lain.

“Air adalah satu aset yang besar bagi negeri Kedah dan kita akan pastikan bekalan itu berpanjangan kerana ia bukan sahaja untuk kegunaan penduduk di Kedah tetapi juga di Pulau Pinang dan Perlis dan kita boleh duduk bincang berhubung perkara itu dan kita pun tahu di mana punca masalah pembalakan ini, dan saya ingat Kedah boleh selesaikan.

“Keduanya mengenai pampasan, menerusi perjumpaan saya dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad petang semalam (Sabtu) beliau bersedia memberi perhatian sewajarnya kepada permintaan kerajaan negeri kerana sangat memahami kita sudah banyak berkorban menyumbang kepada jaminan bekalan makanan negara iaitu beras,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Rumah Terbuka Pakatan Harapan di Dataran Darul Aman di sini, hari ini.

Sementara itu, Mukhriz berkata, kerajaan negeri akan meminta kerajaan pusat memberikan peruntukan dalam bentuk geran bagi membangunkan infrastruktur bekalan air ke kawasan pedalaman di Kedah seterusnya ke Pulau Pinang dan Perlis.

“Sebelum ini yang berlaku ialah bantuan (peruntukan) yang kita dapat itu dalam bentuk pinjaman, ia membebankan kerajaan negeri di mana hutang kita kepada kerajaan persekutuan yang melibatkan pembangunan infrastruktur air sudah mencecah melebihi RM2 bilion.

“ Jadi ini antara perkara yang kita nak runding dengan kerajaan pusat yang pertamanya untuk menghapuskan sebahagian besar hutang-hutang yang mana kita rasa munasabah dan tidak membebankan kerajaan negeri,” katanya.

Semalam, Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow mahu perbincangan dengan Kedah dan kerajaan persekutuan diadakan berhubung isu pembalakan di Ulu Muda yang menjadi ancaman kepada kawasan tadahan air di Empangan Muda.

Katanya kawasan tadahan air di Empangan Muda, Ulu Muda yang menyalurkan air ke Kedah, Pulau Pinang dan Perlis itu semakin mengecil dan dibimbangi tiga negeri berkenaan akan menghadapi risiko krisis air di masa hadapan. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Mukhriz Tun MahathirKedah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selangor, Pulau Pinang Membangun Kerana Pentadbiran Negeri Melibatkan DAP – Teh Swee Leong

Selangor, Pulau Pinang Membangun Kerana Pentadbiran Negeri Melibatkan DAP – Teh Swee Leong

09/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Seorang pemimpin DAP mendakwa negeri yang mempunyai penglibatan parti itu dalam pentadbiran kerajaannya menunjukkan pembangunan ekonomi yang...

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

11/01/2026
0

Alor Setar: Sebanyak 43 kes buli direkodkan di Kedah sepanjang 2025, meningkat mendadak berbanding hanya 10 kes pada 2024. Ketua...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd