• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Keputusan Pemilihan Sayap UMNO 5 Petang Ahad

oleh Ahmad Albab
24/06/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Keputusan muktamad pemilihan tiga sayap UMNO – Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri – di peringkat bahagian dan pusat hanya akan diumum pada pukul 5 petang Ahad, kata Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Ab Rauf Yusoh.

Beliau berkata sehingga 12.30 pagi tadi, sebanyak 56 bahagian UMNO masih belum selesai bermesyuarat dan belum menghantar keputusan undian di bahagian masing-masing.

Bahagian-bahagian dimaksudkan ialah 10 bahagian di Wilayah Persekutuan, Perlis (1), Kedah (6), Perak (6), Selangor (6), Negeri Sembilan (4), Melaka (2), Johor (1), Pahang (6), Terengganu (2), Kelantan (6), dan Sabah (6).

“Setakat ini bahagian yang telah menghantar borang secara rasmi ialah sebanyak 45 peratus,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Perwakilan daripada 191 Bahagian Umno menunaikan tanggungjawab masing-masing mengundi bagi memilih kepimpinan ketiga-tiga sayap parti itu, dengan didahului mesyuarat perwakilan bermula pagi semalam.

Ab Rauf turut mengingatkan bahawa sebarang keputusan yang ditular di media sosial adalah tidak rasmi dan bukan daripada ibu pejabat UMNO.

Sementara itu, sehingga pukul 1 pagi ini, Naib Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan hampir meraih kemenangan bagi jawatan Ketua Puteri UMNO dengan memperolehi 73 undi jauh meninggalkan satu-satu pencabarnya Nor Hazreena Mohamad Hashim yang hanya memperolehi sembilan undi.

Bagi kerusi Ketua Pergerakan Wanita, anggota Parlimen Parit Sulong, Noraini Ahmad mendahului tipis dengan 34 undi diikuti rapat Datuk Azizah Mohd Dun dengan 32 undi.

Manakala bagi jawatan Ketua Pergerakan Pemuda, anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mendahului dengan 21 undi diikuti Ketua Pemuda UMNO Pahang, Mohd Shahar Abdullah dengan 20 undi.

Pemilihan kali ini menyaksikan Ketua Wanita ditandingi tiga calon, Ketua Pemuda sembilan, manakala pertembungan satu lawan satu bagi jawatan Ketua Puteri.

Setiap satu undi mewakili satu bahagian. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Ab Rauf Yusohpemilihan UMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Shamsul Anuar Peroleh Undi Tertinggi Jawatan MKT UMNO

Shamsul Anuar Peroleh Undi Tertinggi Jawatan MKT UMNO

19/03/2023
0

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Shamsul Anuar Nasarah mendahului perebutan kerusi Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno dengan memperoleh undi tertinggi...

Keputusan Rasmi Naib Presiden UMNO Dijangka Ambil Masa Hingga 72 Jam

Keputusan Rasmi Naib Presiden UMNO Dijangka Ambil Masa Hingga 72 Jam

19/03/2023
0

KUALA LUMPUR : Keputusan rasmi dalam perebutan jawatan Naib Presiden UMNO tidak mungkin dapat dimuktamadkan malam ini. Ikuti Mynewshub: Telegram Ketua...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd