• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Negeri Sedia Bantu Orang Asli Kuala Masai

oleh Ahmad Albab
25/06/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Kerajaan negeri bersedia membantu penduduk Orang Asli dari Kuala Masai di sini yang dibelenggu pelbagai isu pampasan berkenaan tanah mereka sejak 2010.

Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian berkata kesediaan itu termasuk mengkaji kronologi kes (pampasan) agar kerajaan negeri memahami situasi sebenar.

“Sekarang ini, saya tidak nampak lagi kronologi tetapi kalau sudah dapat, saya akan memperhalusinya untuk melihat apakah keperluan golongan ini dan mengapa kerajaan lama (Barisan Nasional) tidak memenuhinya walaupun mahkamah sudah mengarahkan pampasan,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan sebuah akhbar hari ini yang menyatakan seramai 320 penduduk masih menunggu pampasan mereka setelah diarahkan berpindah dari Kampung Orang Asli Stulang Laut di sini ke Kampung Orang Asli Kuala Masai pada 1993.

Terdahulu, mereka telah memfailkan saman berhubung kes itu dengan menamakan Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Johor, Majlis Bandaraya Johor Bahru serta Jabatan Hal Ehwal Orang Asli sebagai defendan.

Pada September 2010, mereka memenangi kes terbabit di Mahkamah Tinggi Johor Bahru dan ketiga-tiganya telah diarah untuk memberikan hak ke atas tanah di Kuala Masai kepada komuniti itu serta menilai harga tanah mereka di Stulang Laut bagi tujuan pampasan.

Bagaimanapun hingga kini ia tidak berlaku, kata laporan itu.

Osman berkata perkara sebegini tidak seharusnya berlaku kerana melibatkan golongan yang berpendapatan rendah.

“Apa pun, kita akan kaji dahulu dan jikalau perlu berjumpa, saya akan berjumpa mereka untuk meminta pandangan kerana kadang-kadang cerita di sini lain dan pihak sana lain,” katanya yang ditemui selepas merasmikan Mesyuarat Agung Perwakilan Koperasi Permodalan Melayu Negeri Johor Berhad (KPMNJ) di sini, hari ini. – BERNAMA

Tags: Osman Sapian
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jenazah Osman Akan Dikebumikan Selepas Zohor

22/12/2021
0

JOHOR BAHRU: Jenazah bekas Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Impian Emas, di...

Osman Sapian Masih Ahli Bersatu – Hamzah

04/09/2020
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Besar Johor merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas, Datuk Osman Sapian masih kekal sebagai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd