• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kini Masanya Fokus Bangunkan Semula UMNO

oleh Ahmad Albab
22/06/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Kini adalah masanya bagi anggota-anggota UMNO memberi tumpuan kepada proses membangunkan semula parti itu memandangkan ia tidak lagi mentadbir negara, kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan.

Beliau berkata dengan UMNO kini tidak lagi dibebani dengan tanggungjawab besar itu, ia membolehkan usaha-usaha dilakukan untuk membangkitkan semangat lebih 3 juta anggotanya bagi membentuk semula parti itu.

Katanya usaha itu mudah dilakukan kini setelah kekeruhan akibat isu negatif dan fitnah terhadap parti sudah berakhir.

“Ketika ini, tiada lagi isu-isu sensitif yang dikaitkan dengan UMNO yang telah menyebabkan kita kalah dalam Pilihan Raya Umum Ke-14. Ibaratnya keruh di hulu sudah tiada, kini di hilir kita mendapat air jernih,” katanya pada sidang media selepas majlis Aidilfitri dan sesi pengenalan calon-calon bagi Pemilihan UMNO 2018-2021 di sini, hari ini.

Turut hadir Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas presiden parti Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Mohamad, yang akan bertanding jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan itu, berkata dalam usaha membentuk semula UMNO, pemilihan pemimpin parti merupakan proses yang paling penting dan mesti dibuat dengan teliti untuk memilih calon yang ada kredibiliti.

“Dalam memilih calon, pertama kena tengok eloknya iaitu pemimpin kena baik budinya, rendah diri serta mempunyai integriti yang tidak boleh dipersoal dan kedua, kena tengok pandainya, kalau hanya pandai tetapi cuba menjual negara buat apa.

“Jangan pilih kerana kawan, orang UMNO kena buat kaji selidik calon supaya mereka tahu layak atau tidak pemimpin yang akan dipilih untuk mentadbir UMNO,” katanya.

Mohamad yang juga Ketua UMNO Bahagian Rembau akan bersaing dengan Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa dalam merebut jawatan nombor dua parti itu.

Mohamad berkata meskipun UMNO kini menjadi pembangkang, parti itu akan meneruskan tugas dan amanah dalam membela maruah orang Melayu termasuk kedaulatan institusi diraja. – BERNAMA

Tags: Mohamad HasanUMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PH Dah ‘Meroyan’, Tiba Masa UMNO Keluar Kerajaan Perpaduan – Akmal Saleh

PH Dah ‘Meroyan’, Tiba Masa UMNO Keluar Kerajaan Perpaduan – Akmal Saleh

17/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Sudah sampai masanya untuk UMNO keluar Kerajaan Perpaduan, kata Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh....

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

17/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Pakatan Harapan (PH) Johor yakin dapat ‘menguburkan’ Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd