• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hanya 5 Calon Tawar Diri Layak Saing Jawatan Presiden

oleh
24/06/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

RASMI… Selepas melalui proses pemeriksaan dengan pihak Jabatan Insolvensi dan sebagainya, jumlah sebenar yang layak bertanding untuk jawatan Presiden UMNO hanyalah lima orang.

Perkara itu disahkan ibu pejabat parti berkenaan di ibu negara semalam dipetik daripada portal berita tempatan, AgendaDaily merujuk pemilihan pada 30 Jun depan berbanding jumlah asalnya iaitu tujuh orang yang tawar diri.

Mereka ialah Naib Presiden yang jalan tugas sebagai presiden parti, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi; Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dan Ahli Parlimen Gua Musang di Kelantan, Tengku Razaleigh Hamzah.

Turut disenaraikan secara rasmi ialah Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Bandar Tun Razak di ibu negara, Mohamed Iqbal Maricair dan ahli UMNO Bahagian Iskandar Puteri di Johor, Mohd. Yusof Musa @ Jamaluddin.

Dua calon yang tidak layak ialah penulis blog, Rahmat Azim Abdul Aziz dan ahli UMNO Bahagian Bangi di Selangor, Rosile Saat. Ini dinyatakan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor menerusi satu kenyataan.

Bagi jawatan Timbalan Presiden pula, dua yang sah layak ialah bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hassan dan Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa. Seorang lain yang tawar dirinya ditolak.

Untuk pengisian tiga jawatan Naib Presiden, tujuh daripada lapan yang tawar diri layak bertanding. Antara mereka ialah Datuk Seri Ismail Sabri, Datuk Seri Khaled Nordin. Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Datuk Seri Johari Ghani,

Juga Datuk Seri Ahmad Said, Datuk Seri Tajudin Rahman dan Shiekh Razali Sheikh Hamad (ahli di Bahagian Gua Musang). Sebelum ini ia dipegang Ahmad Zahid, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Datuk Seri Shafie Apdal.

Untuk 25 jawatan Majlis Tertinggi pula, daripada 124 yang tawar diri, cuma 106 layak. Bagi jawatan Ketua Wanita, seramai tiga layak bertanding iaitu Datuk Noraini Ahmad, Datuk Azizah Mohd. Dun dan Tan Sri Zaharah Sulaiman.

Bagi jawatan Ketua Pemuda, sembilan calon layak bertanding. Mereka ialah Khairul Azwan Harun, Mohd. Sahar Abdullah, Datuk Asyraf Wajdi, Imbran Afham Armen, Abdul Razak Yusof dan Wan Md. Hazlin Agyl Wan Hassan.

Tidak ketinggalan ialah Datuk Seri Jamal Yunus, Mohd Noer Izzat Mohd Johari, Syed Rosli Syed Harman. Manakala ada dua calon untuk Ketua Puteri iaitu Nor Hazreena Mohd. Hashim dan Zahida Zarik Khan. – Mynewshub.cc/HAA

*Senarai lengkap keseluruhan calon untuk semua jawatan utama dalam parti, sila klik http://www.umno-online.my/calonpemilihan2018/

Tags: UMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Keahlian Meningkat, 14,045 Ahli Baharu UMNO Daftar Secara Dalam Talian – Asyraf Wajdi

Keahlian Meningkat, 14,045 Ahli Baharu UMNO Daftar Secara Dalam Talian – Asyraf Wajdi

02/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki memaklumkan jumlah keahlian baharu parti itu menerusi pendaftaran secara...

Tidak Ramai Dalam Kerajaan Perpaduan Ada Pengalaman Seperti UMNO

Tidak Ramai Dalam Kerajaan Perpaduan Ada Pengalaman Seperti UMNO

02/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden UMNO menegaskan tidak ramai dalam Kerajaan Perpaduan mempunyai pengalaman luas mengurus negara seperti dimiliki parti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd