• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Demam Denggi Di P.Pinang Meningkat 182.21 Peratus

oleh Ahmad Albab
06/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGETOWN – Sebanyak 587 kes demam denggi direkod di Pulau Pinang sepanjang Januari tahun ini, meningkat 379 kes atau 182.21 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan negeri Dr Afif Bahardin berkata dua kematian direkod dalam tempoh itu, sama seperti tahun lepas.

“Sebanyak 26 lokaliti wabak terkawal dilaporkan di Pulau Pinang,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata bagi daerah Timur Laut, lokaliti wabak terkawal yang dikenal pasti ialah Tanjung Court; Changkat Minden; Desa Green; Apartment Greenlane Heights A; Jalan Haji Hashim Imam; Jalan Logan; Solok Rawana; Apartment Sri Saujana; Apartment Sri York; Taman Kristal; Taman Perak; Taman Sri Pinang; dan Jalan Paya Terubong.

Bagi daerah Barat Daya pula lokaliti wabak terkawal ialah di Sungai Batu Laut; Apartment Lavina; Lintang Bukit Kecil; dan Tingkat Teluk Kumbar manakala bagi daerah Seberang Perai Utara (SPU) ialah di Taman Molek; dan Pangsapuri Ria.

“Lokaliti wabak terkawal di daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ialah Pearl View Chai Leng; Masjid Sembilang; Solok Tenggiri; Flat Lorong Tuna; Taman Budiman; dan Perkampungan Machang Bubuk manakala Seberang Perai Selatan (SPS) di Jalan Batas Ban,” katanya.

Dr Afif berkata Jabatan Kesihatan negeri juga mengenal pasti lima lokaliti wabak tidak terkawal iaitu Jalan Lim Lean Teng dan Mewah Court di daerah Timur Laut; Kampung Masjid Teluk Kumbar di Barat Daya dan Lengkok Inderawasih di SPT.

“Terdapat lima lokaliti titik panas iaitu di Taman Free School, Kampung Rawa dan Taman Teguh bagi daerah Timur Laut serta Lorong Kota Permai dan Taman Sri Janggus di SPT,” katanya.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan masyarakat supaya terus berwaspada dan mengambil langkah pencegahan awal bagi mencegah pembiakan nyamuk Aedes yang membawa demam denggi dengan melakukan pembersihan kawasan sekitar secara kerap setiap minggu.

Dr Afif turut menasihati orang ramai yang mengalami demam dan tanda-tanda penyakit denggi seperti sakit sendi, muntah, ruam dan kurang selera makan supaya mendapatkan rawatan segera di klinik atau hospital. – BERNAMA

Tags: demam denggi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Demam Denggi: 2,051 Kes, 2 Kematian Di Kelantan

Demam Denggi: 2,051 Kes, 2 Kematian Di Kelantan

18/09/2024
0

Kota Bharu : Kelantan merekodkan 2,051 kes denggi dengan dua kematian dilaporkan sepanjang tahun ini sehingga 7 September lalu. IKUTI...

Bayi Doktor Maut Tertinggal 10 Jam Dalam Kereta Di Parkir Hospital

89,474 Kes Demam Denggi, 65 Kematian Direkod Hingga September

06/10/2023
0

PUTRAJAYA – Sebanyak 89,474 kes demam denggi direkodkan sejak Januari hingga 30 September lalu dengan peningkatan 105.5 peratus berbanding 43,544...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd