• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perlu Badan Induk Khas Kawal Keseluruhan TVET

oleh Ahmad Albab
22/06/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sebuah badan induk khas perlu ditubuhkan bagi mengawal keseluruhan perjalanan dasar Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional Malaysia (TVET).

Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) Kamarozaman Abd Razak berkata sungguhpun jawatankuasa TVET bakal ditubuhkan, badan khas yang dicadangkan itu akan bertindak sebagai pelaksana termasuk memberikan pandangan dan nasihat kepada jawatankuasa itu nanti.

“Badan induk ini perlu ada bagi mengawal dan menyelaras TVET kerana ketika ini terdapat tujuh kementerian yang mengawal TVET mengikut hala tuju masing-masing. Kita belum tahu sama ada jawatankuasa yang diumumkan semalam adalah menyeluruh atau untuk bidang pendidikan sahaja.

“Badan khas ini juga yang akan mengawal dan mengiktiraf sijil tunggal TVET yang dikeluarkan. Ia juga bagi menghindari kecelaruan dan mengurangkan kerenah birokrasi, terutamanya apabila memajukan permohonan dana untuk TVET,” katanya pada sidang media, di sini hari ini.

Semalam, Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik mengumumkan Jawatankuasa Pemerkasaan TVET akan ditubuhkan antara lain berperanan menyediakan laporan bagi memperkasakan TVET, dan akan dipengerusikan Anggota Parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar.

Kamarozaman turut mencadangkan agar Tabung Pembangunan Kemahiran (TPK) dimansuhkan dan pembiayaan TVET dibuat menerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi memudahkan pengurusan dan penyaluran dana.

Turut hadir Setiausaha Agung NUTP Harry Tan Huat Hock, Pengerusi Gabungan Institut Latihan Kemahiran Swasta (ILKS) Bumiputera Nordin Abdul Malek dan Timbalan Presiden Persekutuan Pusat-Pusat Latihan Kemahiran Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Swasta Malaysia (FeMAC) Mazmadi Mohamad.

Sementara itu, Nordin berpendapat selain daripada wakil kementerian, anggota badan induk itu perlu dianggotai pihak berkepentingan seperti NUTP, persatuan latihan kemahiran swasta serta persatuan majikan. – BERNAMA

Tags: TVET
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

TVET Bantu Perkasa Tenaga Kerja Malaysia Bagi Industri Pertumbuhan Tinggi – Pakar Ekonomi

TVET Bantu Perkasa Tenaga Kerja Malaysia Bagi Industri Pertumbuhan Tinggi – Pakar Ekonomi

12/09/2025
0

KUALA LUMPUR, 11 Sept (Bernama) -- Bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) mesti dilihat sebagai penyelesaian barisan hadapan...

Elemen TVET Diperkenal Kepada Murid Tahun Satu Pada 2027

Elemen TVET Diperkenal Kepada Murid Tahun Satu Pada 2027

14/11/2024
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan (KPM) akan memperkenalkan elemen Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bermula dari tahun satu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd