• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, October 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dadah Bernilai RM329,250 Dirampas Di Sarawak

oleh Ahmad Albab
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Polis Sarawak merampas dadah jenis syabu dan ekstasi bernilai RM329,250 menerusi serbuan di sebuah rumah di Courtyard Sanctuary Apartment di Batu Kawa, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Sarawak Supt Sahar Latif berkata bertindak atas risikan dan maklumat diperoleh, pada kira-kira 11.30 pagi pihaknya menahan seorang lelaki berumur 26 tahun di parkir apartment tersebut.

“Polis kemudiannya membuat pemeriksaan lanjut ke rumah suspek dan menemukan plastik lutsinar mengandungi serbuk kristal dipercayai syabu seberat 535 gram dan satu kotak pengering rambut yang berisi 4,980 pil ekstasi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sahar berkata polis turut merampas sebuah Toyota Vios, cincin dan anting-anting emas serta wang tunai yang keseluruhannya dianggarkan bernilai RM69,593.

“Hasil saringan awal air kencing mendapati suspek positif dadah jenis metaphetamin dan ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15 (1)(a) akta sama,” katanya. – BERNAMA

Tags: dadah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

MAG Arah 1,260 Juruterbang Malaysia Airlines Jalani Saringan Dadah Wajib

MAG Arah 1,260 Juruterbang Malaysia Airlines Jalani Saringan Dadah Wajib

08/08/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Malaysia Aviation Group (MAG) mengarahkan kesemua 1,260 juruterbang Malaysia Airlines menjalani saringan dadah wajib sebagai...

Video Tular Nga Kor Ming Dakwa Banyak Kes AIDS, Rogol, Dadah Di Kelantan

Video Tular Nga Kor Ming Dakwa Banyak Kes AIDS, Rogol, Dadah Di Kelantan

29/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Satu rakaman video ucapan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming didakwa mengkritik kerajaan PAS...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd