• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penyokong Resah Kedudukan Tercorot Kelantan

oleh Ahmad Albab
21/06/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Kedudukan The Red Warriors yang berada di tangga tercorot dalam saingan Liga Super ketika ini nyata meresahkan penyokong yang tidak mahu melihat pasukan kesayangan mereka ‘ditendang’ keluar dan terpaksa beraksi dalam Liga Premier musim depan.

Presiden Kelab Penyokong The Red Warriors Kota Bharu Mohd Zainy Zain berkata walaupun masih berbaki enam perlawanan, sukar untuk Kelantan menambah baik kedudukan kerana perlu berdepan dengan beberapa pasukan yang kuat.

“(Pengendali Kelantan) Yusri Che Lah dan pemain selepas ini akan berdepan dengan pasukan terkuat iaitu Johor Darul Ta’ zim (JDT), Pahang, Perak, Selangor, Terengganu dan Melaka United dan ia merupakan satu laluan sukar bagi pasukan memperbaiki kedudukan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Mohd Zainy berkata peluang untuk Kelantan kekal beraksi dalam Liga Super semakin kelam kerana pastinya pasukan yang bakal ditentang mahu menambah mata masing-masing dan tidak akan memberi muka kepada The Red Warriors.

“Kalau dilihat kualiti permainan The Red Warriors ketika menentang PKNS FC di Stadium Sultan Muhammad ke-IV Selasa lalu, terlalu banyak kelemahan yang mengecewakan dan jika kelemahan ini berterusan sudah pasti akan memberikan mata mudah kepada lawan pada enam perlawanan seterusnya,” katanya.

Katanya kehadiran pemain import tidak mampu memperkukuh prestasi Kelantan kerana pasukan itu dibarisi pemain muda tempatan yang tidak mempunyai banyak pengalaman di samping tiada pemain senior untuk membimbing mereka.

Beliau berpandangan pemain senior seperti Mohd Badri Mohd Radzi dan Amiridzwan Taj Tajudin yang masih berkhidmat dengan pasukan perlu kembali digunakan bagi mengetuai pemain muda Kelantan sekali gus mengimbangi persembahan ketika beraksi.

Selepas hampir 10 tahun beraksi dalam Liga Super, prestasi bekas juara treble pada 2012 itu berada pada tahap terburuk musim ini apabila menghuni tangga ke-12, tercorot dalam saingan dengan 11 mata selepas 16 perlawanan menerusi tiga kemenangan, dua seri dan 11 kekalahan. – BERNAMA

Tags: Kelantan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Video Tular Perlekeh Polis Elak Sekatan Jalan Raya: PDRM Buka Kertas Siasatan

Video Tular Perlekeh Polis Elak Sekatan Jalan Raya: PDRM Buka Kertas Siasatan

26/04/2026
0

KOTA BHARU – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan susulan penularan satu rakaman video di media sosial yang didakwa memperlekehkan...

Jabatan Agama Islam Kelantan Sudah Ambil Alih Kes Rogol `Suka Sama Suka’

Jabatan Agama Islam Kelantan Sudah Ambil Alih Kes Rogol `Suka Sama Suka’

18/12/2025
0

KOTA BHARU: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) sudah menerima laporan kes rogol `suka sama suka' membabitkan remaja perempuan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd