• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tuah Aksi Ke-100 Suarez Jaring Gol Atasi Saudi

oleh AK-47
21/06/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

CEMERLANG – Luis Suarez mencatat sejarah pada aksi ke-100 dirinya bersama-sama Uruguay apabila membawa negara itu ke pusingan kalah mati Piala Dunia 2018 di Rusia.

Penyerang sensasi Amerika Latin tersebut memanfaatkan kepincangan penjaga gol lawan untuk menyingkirkan Arab Saudi dengan kemenangan 1-0 awal di Rostov-on-Don pagi ini.

Suarez menjaringkan gol pada pertengahan babak pertama selepas penjaga gol Mohammed Al-Owais gagal menangkap kemas bola hasil sepakan sudut.

Jaringan itu meletakkan Uruguay di tangga kedua Kumpulan A dengan enam mata di belakang tuan rumah Rusia.

Arab Saudi yang tidak pernah memenangi perlawanan Piala Dunia sejak penampilan sulung pada 1994, gagal meraih sebarang mata seperti juga Mesir yang tewas 1-3 kepada Rusia semalam.

Bergantung kepada keputusan perlawanan terakhir kumpulan berdepan Rusia, Uruguay akan menentang sama ada Sepanyol, Portugal atau Iran yang masih berjuang dalam Kumpulan B untuk tiket ke suku akhir.

Ia bukan jaringan terbaik Suarez tetapi memadai untuk kemenangan selesa.

“Apa yang kami mahukan adalah kemenangan dan layak ke pusingan berikutnya. Hari ini satu lagi bukti bahawa sukar untuk menang perlawanan Piala Dunia,” kata Suarez yang juga pemain terbaik perlawanan itu.

“Piala Dunia membuktikan apa yang lebih penting adalah keputusan, kami berbangga dapat mara ke kelompok 16 terakhir buat kali ketiga berturut-turut.”

Sekurang-kurangnya Suarez yang gagal menyempurnakan tiga peluang buat Uruguay ketika menewaskan Mesir 1-0, masih boleh berbangga dengan gol antarabangsa ke-52 biarpun tidak menolak kemungkinan dirinya tidak 100 peratus cergas.

Selepas dibelasah Rusia 5-0 pada perlawanan pembukaan, Arab Saudi tampil lebih mantap namun masih gagal memberikan saingan hebat di Rostov Arena. – AFP

Tags: Luis SuarezPiala Dunia 2018
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Suarez Akui Tak Kecil Hati Barca Mula Cari Pengganti

01/11/2018
0

PEMAIN Barcelona, Luis Suarez mengakui tidak terkejut seandainya kelab itu sudah mula mencari pengganti dirinya. Malah katanya, dia langsung tidak...

Suarez ‘Mengamuk’ Aibkan Real Madrid

29/10/2018
0

BARCELONA - Barcelona ‘mengganas’ dalam pertembungan Clasico menentang seteru utama, Real Madrid apabila Luis Suarez meledak hatrik untuk membantu pasukannya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd