Sunday, May 19, 2024

Creating liberating content

Bekas Banduan Mati Dipukul...

MERSING: Niat seorang bekas banduan untuk mencari kerja di daerah ini selepas baru...

Apple Watch Bakal Memasuki...

CEO Apple, Tim Cook memberitahu bahawa Apple merancang untuk melancarkan Apple Watch di...

Jangan Pandang Rendah Kemampuan...

PETALING JAYA - Datuk Seri Najib Tun Razak mahu rakyat Malaysia merasakan bahawa Malaysia...

Kalau Dividen LTAT 2%,...

KUALA LUMPUR - Nasib Permodalan Nasional Berhad (PNB) diharapkan tidak serupa dengan Khazanah...

Suarez Akui Tak Kecil Hati Barca Mula Cari Pengganti

PEMAIN Barcelona, Luis Suarez mengakui tidak terkejut seandainya kelab itu sudah mula mencari pengganti dirinya.

Malah katanya, dia langsung tidak kisah mengenai perkara itu.

“Barcelona cari pemain pengganti saya? Ia normal. Saya pun sudah berusia 31 tahun,” ujarnya kepada stesen radio Sport890.

Dalam pada itu, Suarez menjadi tumpuan utama di El-Clasico setelah Messi tidak turun beraksi gara-gara kecederaan.

Menerusi perlawanan itu, Suarez mencatat jaringan hatrik.

Dua lagi gol disumbangkan oleh Plilipp Coutinho dan Arturo Vidal.

Real Madrid pula sekadar meraih satu jaringan hasil rembatan Marcelo.


Ia merupakan perlawanan pertama di El Classico tanpa penampilan Messi mewakili Barcelona sejak 10 tahun lalu.

Malah, ia juga menjadi El Clasico pertama Real Madrid tanpa Ronaldo setelah bintang itu berpindah ke Juventus.

Dalam pada itu, persembahan Suarez pada perlawanan berkenaan turut mendapat pujian ramai.

Malah, dia turut menerima rating 9.7 daripada laman web WhoScored.com, sekaligus meletakkan dia sebagai pemain terbaik mingguan bagi pasukan Eropah. – Barca Blaugranes/mStar Online

Kategori