• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Ungkit Kisah Lama, Ain Mahu Lebih Profesional

oleh
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SETIAP orang pasti akan melalui fasa kegagalan dalam percintaan sehingga membuatkan seseorang itu berasa sedikit janggal sekiranya perhubungan yang lalu sering dibangkitkan.

Bagi pengacara tinggi lampai Ain Edruce, dia turut berasa sedikit janggal kerana dirinya sering dikaitkan dengan bekas kekasih iaitu Ezzrin Loy sehingga perkara berkenaan menjadi bahan jenaka.

Namun bagi menampakkan sikap profesional, Ain tetap tabah ‘menelan’ segala perasaan yang hadir bagi meneruskan kerjanya walaupun dalam masa sama masih ramai bercakap tentang hubungan yang tidak kesampaian itu.

“Tipulah kalau tidak rasa janggal kerana kami pernah bercinta. Cuma saya membuang jauh rasa tidak selesa dengan bersikap profesional.

“Ini kerana kami masih lagi berkawan… Saya juga baik dengan keluarga Ezzrin,” katanya ketika ditemui oleh pihak BH Online.

Hubungan percintaan antara Ain dan Ezzrin yang juga merupakan adik kepada pelakon Elfira Loy itu hanya bertahan dalam beberapa ketika sahaja tetapi ia tetap menyebabkan ramai orang berbicara tentang mereka tanpa memikirkan perasaannya.

Bagaimanapun, pelakon drama Kekasih Paksa Rela itu menegaskan bahawa dia sama sekali tidak akan kembali menjalin hubungan cinta bersama Ezrin dan tetap menerima bahawa jodoh mereka hanya sebagai rakan sahaja.

Dalam masa yang sama, Ain turut berkongsi kegembirannya memyambut Aidilfitri di Kuching, Sarawak yang disambut dengan meriah.

“Sudah menjadi kebiasaan untuk kami sekeluarga beraya di Sarawak. Ini kerana datuk dan nenek sebelah Perak sudah tiada,” ujarnya lagi.

Tambah Ain, Aidilfitri di Sarawak disambut selama sebulan dan disebabkan itu kita akan melihat orang di Sarawak akan memakai baju raya dalam masa yang lama.

Berbeza jika di Semenanjung, samping akan dibuka selepas setengah hari beraya tetapi jika di Sarawak mereka akan mengenakan baju Melayu lengkap sehingga malam hari. – MYNEWSHUB.CC/AH

Tags: ain edruceNetizen
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Salam Jumaat MB Negeri Sembilan Curi Perhatian Netizen

Salam Jumaat MB Negeri Sembilan Curi Perhatian Netizen

25/09/2026
0

SEREMBAN - Hantaran ringkas Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim di media sosial hari ini mencuri perhatian netizen apabila...

Yang di-Pertuan Agong, Raja Permaisuri Sambut Ulang Tahun Perkahwinan Ke-44, Netizen Titip Doa Hingga Jannah

Yang di-Pertuan Agong, Raja Permaisuri Sambut Ulang Tahun Perkahwinan Ke-44, Netizen Titip Doa Hingga Jannah

22/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah hari ini meraikan ulang tahun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd