• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Kami Hanya Bergurau” – Sarah Kesal Dituduh Biadab

oleh
21/06/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENYANYI Siti Sarah menerima kecaman hebat netizen gara-gara tidak beli barangan yang dijual seorang lelaki menerusi satu video pendek dimuat naik di ruangan Instagram peribadinya pada Rabu.

Rata-rata netizen yang menyaksikan rakaman berkenaan menyifatkan tindakan penyanyi yang pernah terkenal menerusi lagu ‘Kesetiaan’ dan ‘Saat Hilang Cintamu’ itu sebagai biadab.

Bagaimanapun, perkara tersebut tampaknya telah diselar oleh Sarah sendiri yang tampil menjelaskan keadaan sebenar di sebalik berlakunya perkara berkaitan.

Sarah berkata, video berkenaan hanyalah sekadar gurauan semata-mata dan lelaki tua di dalam rakaman itu ialah bapa kandungnya iaitu Raissuddin Hamzah.

“Lelaki ini Raissuddin Hamzah. Dia bapa kandung saya, kami hanya bergurau. Dari video ini sebenarnya apa yang kita lihat dia sangat sporting melayan kerenah anak-anak yang suka bergurau.

“Nak dijadikan cerita ada pihak yang kata saya biadab sebab tak beli barang pakcik ini,” jelas pemilik nama sebenar Siti Sarah Raisuddin itu.

Lelaki ini @raissuddin_hamzah ! Die adalah bapak kandung saya! Kami hanya bergurau .. dari video ni sebenarnya apa yg kita boleh tengok die sangat sporting.. melayan kerenah anak2 yg suke nak begurau… nak dijadikan cerita ..ada pihak yg kurang bijak megatakan saya biadap! sebab tak beli barang pakcik ni! Nak beli apanya die beli untuk diri die sendiri kami cuma bergurau.. kenapa la suke sangat nak keji caci org tampa usul periksa! ! Moga Allah permudahkan hidup kalian amin..

A post shared by Siti Sarah Raissuddin (@sitisarahraissuddin) on Jun 19, 2018 at 9:49pm PDT

Justeru, isteri kepada pelawak Shuib (Sepahtu) itu menasihatkan netizen agar mengkaji terlebih dahulu sesuatu perkara sebelum bertindak meninggalkan komen negatif.

Dalam pada itu, Sarah memberitahu dia mengakui kesal dengan sikap segelintir netizen yang bertindak serkap jarang sedangkan mereka tidak tahu mengenai hal sebenar.

Tambahnya lagi, dia juga mengakui berasa terguris hati dengan pelbagai komen negatif yang dilemparkan kepada dirinya sehingga terfikir untuk menutup akaun tersebut. – MYNEWSHUB.CC

Tags: shuib sepahtuSiti Sarah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ysuku: Shuib Bengang Kaitkan Dengan Artis

11/09/2019
0

KUALA LUMPUR - Pelawak Shuib kesal kerana ada pihak yang mengaitkan amaran polis untuk tidak mengubah suai motosikal Y15ZR atau...

“Bukan Dayus, Shuib Berterus-Terang Dengan Isteri”

03/06/2019
0

KUALA LUMPUR – Baru-baru ini pelawak Shuib Sepahtu memuat naik gambar motosikal Ysuku yang baru dibelinya. Menerusi Instagramnya Shuib menulis;...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd