• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemain Veteran Dapat Kepercayaan La Celeste

oleh AK-47
21/06/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SELEPAS berjaya menewaskan Mesir pada aksi pembukaan Piala Dunia menerusi jaringan kemenangan saat akhir, Uruguay akan menurunkan skuad veteran membabitkan tujuh pemain melebihi usia 31 tahun berdepan Arab Saudi untuk meraih kemenangan yang akan memastikan laluan mereka ke pusingan kedua.

Ketika perlawanan berlangsung hampir sejam menentang Mesir dan pasukannya bergelut mencipta peluang, jurulatih Oscar Tabarez mengetepikan pemain sayap muda Nahitan Nandez dan Giorgian De Arrascaeta, masing-masing berusia 22 dan 24 dan menggantikan mereka dengan pemain veteran Cristian Rodriguez, 32, dan Carlos Sanchez, 33.

Skuad Amerika Selatan itu segera memiliki kekuatan dan kuasa dan mencipta peluang bertali arus sebelum pertahanan Jose Gimenez melompat untuk menanduk masuk hantaran menerusi sepakan percuma Sanchez bagi memastikan tiga mata.

Tabarez mengesahkan beliau akan memberikan pemain sayap itu posisi kesebelasan utama menentang Arab Saudi, pasukan di ranking kedua terendah dalam kejohanan itu yang dibelasah Russia 5-0 pada aksi pembukaan.

“Ia bukannya mengenai pemain muda atau berpengalaman tetapi berdasarkan keperluan dan menurut maklumat yang saya miliki, barisan pemain ini yang terbaik buat kami,” kata Tabarez pada sidang media.

Rodriguez akan membuat penampilan ke-107 buat Uruguay, penyerang prolifik Luis Suarez akan melakukan penampilan ke-100 dan penjaga gol Fernando Muslera mewakili negara buat kali ke-99.

Muslera juga akan berkongsi kedudukan dengan Ladislao Mazurkiewicz sebagai pemain Uruguay dengan penampilan terbanyak di Piala Dunia.

Keputusan Tabarez memilih muka lama iaitu Sanchez dan Rodriguez, masing-masing beraksi di Mexico dan Uruguay menimbulkan persoalan mengenai nasib generasi pemain muda di skuad itu yang memiliki 10 pemain berusia 30 tahun ke atas, sekali ganda berbanding skuad yang pernah mara ke separuh akhir pada 2010.

Namun jurulatih itu berkata pengalaman dimiliki pasukan itu sebagai satu kekuatan.

“Saya yakin dengan barisan pemain yang akan diturunkan esok, mereka kaya dengan pengalaman,” kata jurulatih berusia 72 tahun yang mengendalikan Uruguay sejak 2006. – AFP

Tags: Uruguayveteran
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Elaun Kenangan Veteran Masih Dalam Kajian

07/03/2022
0

KUALA LUMPUR : Kementerian Pertahanan masih menilai kesesuaian pemberian elaun kenangan kepada veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang menerima Pingat...

Piala Dunia: Uruguay Dahului Kumpulan Benam Rusia 3-0

26/06/2018
0

MOSCOW - Rusia perlu menerima hakikat bahawa mereka tewas 0-3 kepada Uruguay pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan ketika Portugal dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd