• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Elaun Kenangan Veteran Masih Dalam Kajian

oleh AK-47
07/03/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Kementerian Pertahanan masih menilai kesesuaian pemberian elaun kenangan kepada veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang menerima Pingat Jasa Malaysia (PJM).

Timbalan Menterinya, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz, berkata sebahagian besar veteran yang terkesan di dalam isu jurang pencen, terdiri daripada mereka yang menerima pingat PJM.

“Sekiranya opsyen ini mampu dilaksanakan, jurang pencen dalam kalangan veteran ATM yang berkaitan akan dapat dikurangkan,” katanya menjawab soalan M Karupaiya (PH-Padang Serai) pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Karupaiya bertanya hasil kajian penyelarasan pencen veteran ATM di antara pencen sebelum 2012 dan selepas 2012.

Mengulas lanjut, beliau berkata, kerajaan pernah memperuntuk sejumlah RM60.9 juta bagi pemberian elaun kenangan PJM kepada 121,816 orang warga veteran ATM pada 2020 dan sejumlah RM2.7 juta kepada balu dan waris tahun lalu.

“Kita berharap Kementerian Kewangan dapat mempertimbang lagi peruntukan baru untuk pemberian elaun kenangan PJM ini pada tahun akan datang,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, pelarasan pencen sekiranya dilaksanakan akan membabitkan implikasi kewangan yang tinggi.

Namun, katanya, kementerian sedang berusaha untuk mencari pilihan terbaik dalam mengatasi jurang pencen memandangkan skim perkhidmatan ATM berbeza dengan skim perkhidmatan awam lain.

“Penjawat awam dari perkhidmatan kerajaan selain tentera menikmati pencen sehingga 60 peratus, manakala majoriti veteran ATM yang sudah berkhidmat sehingga 21 tahun hanya layak menikmati pencen sebanyak 50 peratus,” katanya.

-Berita Harian

Tags: Dalam KajianElaunElaun Kenangan Veteranveteran
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Potong Elaun Petrol Ahli Parlimen Tidak Beri Penjimatan Signifikan – Ahmad Fadhli Shaari

Potong Elaun Petrol Ahli Parlimen Tidak Beri Penjimatan Signifikan – Ahmad Fadhli Shaari

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen PAS Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari berpandangan cadangan memotong elaun petrol Ahli Parlimen tidak memberikan...

Kerajaan Naikkan Elaun 43,595 Pelajar Tajaan JPA – Anwar

Kerajaan Naikkan Elaun 43,595 Pelajar Tajaan JPA – Anwar

13/06/2023
0

PUTRAJAYA : Kerajaan bersetuju menaikkan kadar Elaun Sara Hidup (ESH) pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi peringkat persediaan hingga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd