• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KJ Rancang Bentuk Kabinet Bayangan Jika Dilantik

oleh Haris
21/06/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

CALON Presiden UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar merancang untuk membentuk satu Kabinet bayangan di bawah Barisan Nasional (BN) sekiranya dipilih memegang jawatan itu.

Beliau yang merupakan Ketua Pemuda UMNO itu berkata, perkara tersebut akan menjadi antara perkara pertama yang dilakukan sebagai satu cara BN memastikan semak dan imbang terhadap kerajaan Pakatan Harapan (PH).

“Antara tugas presiden adalah saya akan membentuk Kabinet bayangan dalam masa terdekat… Sebelum persidangan di Parlimen bermula pada Julai ini.

“Menteri bayangan ini adalah ‘bayangan’ kepada menteri-menteri di bawah Pakatan Harapan (PH),” katanya memetik laporan portal mStar Online.

Khairy berkata demikian ketika ditemui pemberita pada sidang media di Menara Dato’ Onn di sini, hari ini.

Jelas beliau, setiap menteri bayangan yang dilantik oleh UMNO akan diberikan tugas supaya memastikan setiap menteri di pihak kerajaan baharu PH bertanggungjawab dan melakukan kerja mereka.

Dalam masa sama, Khairy berjarap dengan adanya Kabinet bayangan itu, rakyat dapat melihat kewibawaan BN dan seterusnya memberi kesan yang baik kepada parti berkenaan di masa hadapan.

“Ini bukan hanya usaha untuk menampakkan Barisan Nasional, UMNO sebagai pembangkang berwibawa tetapi juga ia menunjukkan langkah pertama yang akhirnya memperlihatkan kita sebagai alternatif yang boleh dipercayai kepada kerajaan hari ini,” katanya.

Khairy membuat kejutan saat akhir tempoh hari apabila mengumumkan akan bertanding jawatan Presiden UMNO dan menyerahkan borang pencalonan hanya beberapa jam sebelum ianya ditutup pada 17 Jun lalu.

Sebelum ini, Khairy hanya mengumumkan akan bertanding bagi jawatan Naib Presiden parti berkenaan sebelum mengubah pendirian itu pada saat-saat akhir.

Pemilihan bagi jawatan tertinggi parti itu akan diadakan pada 30 Jun manakala pemilihan sayap UMNO seperti Pemuda, Wanita dan Puteri akan diadakan pada 23 Jun ini.

Dalam pada itu, sidang pertama Dewan Rakyat bagi Mesyuarat Pertama, Penggal Pertama, Parlimen ke-14 dijadualkan bermula pada 16 Julai depan.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sebelum ini mengumumkan bahawa pada sesi pertama, Dewan Rakyat akan bersidang selama 20 hari. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Barisan NasionalKhairy Jamaluddin Abu BakarUMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Syukur Ketua Strategi Komunikasi UMNO Bukan Lagi Sebatang Lobak Ber-IQ Carrot”

“Syukur Ketua Strategi Komunikasi UMNO Bukan Lagi Sebatang Lobak Ber-IQ Carrot”

24/05/2026
0

SHAH ALAM - Ahli Jawatankuasa UMNO Shah Alam, Azrul Abu Hasan melahirkan rasa syukur kerana Ketua Strategi Komunikasi parti itu...

Tiada ‘U-Turn’: BN Johor Arah Jentera Siap Siaga Hadapi PRN, Bertanding 56 Kerusi DUN

Tiada ‘U-Turn’: BN Johor Arah Jentera Siap Siaga Hadapi PRN, Bertanding 56 Kerusi DUN

22/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Barisan Nasional (BN) Johor tetap dengan keputusan bertanding semua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd