• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPSB Saman NSTP Isu Tanah Felda Di Jalan Semarak

oleh
21/06/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Synergy Promenade Sdn. Bhd. (SPSB) hari ini memfailkan saman fitnah terhadap The New Straits Times Press (Malaysia) Bhd. sebagai penerbit akhbar berbahasa Melayu, Berita Harian dan wartawan, Che Wan Badrul Alias dalam usaha untuk memulihkan reputasi syarikat itu.

Saman yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur itu susulan daripada tindakan plaintif yang mengeluarkan laporan dan artikel di media cetak dan media di atas talian mengenai SPSB dan penglibatannya sebagai Pemaju Utama Kuala Lumpur Vertical City Project (KLVC) di Jalan Semarak, Kuala Lumpur.

Berita Harian telah mengenepikan prinsip kewartawanan yang adil dengan mengeluarkan laporan tanpa maklumat yang tepat sehingga menyebabkan reputasi SPSB tercalar dan kehilangan projek besar yang sedang dilaksanakan.

Berita Harian secara melulu telah membuat tuduhan bahawa SPSB telah secara salah memindahkan aset milik Felda sehingga menyebabkan Felda mengalami kerugian.

Pengarah Pembangunan Perniagaan SPSB, Datuk Marina Hashim (kiri) bersama Mohamed Reza Rahim ketika di Kompleks Mahkamah Jalan Duta 4 Jun lalu.

SPSB sebelum ini telah menyampaikan satu Notis Tindakan bertarikh 1 Jun 2018 kepada kedua-dua pihak tersebut bagi permohonan maaf dan ganti rugi tetapi mereka telah gagal untuk berbuat demikian.

Susulan daripada itu, SPSB memohon satu injunksi bagi pihak-pihak yang terlibat untuk tidak mengulangi dan/atau menerbitkan semula kenyataan fitnah mereka, ganti rugi berjumlah RM250 juta daripada The New Straits Times (M) Bhd. dan Che Wan Badrul Alias ​​serta permohonan maaf berdasarkan terma-terma yang akan dipersetujui oleh SPSB.

Saman tersebut telah diafailkan oleh Tetutan Reza Rahim & Rajivan, peguamcara bagi SPSB.

Tags: FeldaSynergy Promenade
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Kata Tak Mahu Serang Sesiapa, Seminit Kemudian Sebut ‘Sakau’ Tabung Haji

PMX Kata Tak Mahu Serang Sesiapa, Seminit Kemudian Sebut ‘Sakau’ Tabung Haji

31/07/2026
0

SEREMBAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam nada lembut ketika berkempen malam ini mendakwa beliau datang ke Negeri...

Rakyat Malu Skandal 1MDB, Tabung Haji, FELDA – Nga Kor Ming

Rakyat Malu Skandal 1MDB, Tabung Haji, FELDA – Nga Kor Ming

25/07/2026
0

SEREMBAN - Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming meminta rakyat Negeri Sembilan tidak melupakan zaman gelap yang didakwa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd