• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Aksi Bertemu Iran Adalah Seperti Final – Iniesta

oleh AK-47
21/06/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LEGENDA pemain tengah Sepanyol, Andres Iniesta berikrar Sepanyol akan mengatasi keputusan pada perlawanan pembukaan Piala Dunia di Rusia dengan menewaskan Iran pada perlawanan awal pagi esok sekali gus mencerahkan peluang menjulang gelaran.

Iniesta, yang menjaringkan gol buat Sepanyol pada masa tambahan bagi memastikan kejayaan skuad itu menewaskan Belanda di Afrika Selatan pada 2010, tampil pada Piala Dunia yang terakhir buat dirinya selepas mengakhiri karier panjangnya bersama Barcelona sebelum menyertai pasukan Jepun, Vissel Kobe.

Sepanyol seri 3-3 ketika menentang Portugal dalam perlawanan pembukaan Kumpulan B dengan pasukan Fernando Hierro itu kini terdesak untuk menewaskan Iran bagi menjamin peluang ke pusingan 16 pasukan terakhir sebelum perlawanan kumpulan terakhir menentang Maghribi.

Biarpun enggan mengambil mudah cabaran skuad gergasi Asia bimbingan Carlos Queiroz itu, Iniesta, 34, mahu menjulang trofi Piala Dunia buat kali kedua selepas berjaya menjulang trofi Kejohanan Eropah sebanyak dua kali bersama Sepanyol pada 2008 dan 2012.

“Pemain sering mahu memenangi trofi terbesar dan ia bukanlah rahsia yang kami mahu memenangi Piala Dunia,” kata Iniesta.

“Ia bukanlah mudah. Kami perlu bekerja dengan kuat tetapi kami mempunyai mimpi yang perlukan kami semua memberi tumpuan terhadapnya.”

Dengan Iran menduduki kedudukan teratas Kumpulan B selepas kemenangan 1-0 kepada Maghribi, Sepanyol tidak boleh membiarkan mereka terus ketinggalan.

“Esok adalah seperti final, jika kami menang ia akan memberi kami kelebihan dalam kumpulan dan kemudian kami akan lihat peluang ke peringkat seterusnya.

“Ia akan menjadi perlawanan sukar tetapi anda perlu ingat kami adalah pasukan yang sudah lama bersama untuk tempoh yang panjang.

“Kami mempercayai satu sama lain.” – AFP

Tags: andres iniestaPiala Dunia 2018
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Pussy Riot’ Ganggu Final Piala Dunia

16/07/2018
0

MOSCOW - Perlawanan akhir Piala Dunia antara Perancis dan Croatia sedikit terganggu apabila empat individu termasuk dua wanita memasuki padang...

Putin Raikan Kejayaan Politik Piala Dunia 2018

17/07/2018
0

RUSIA memberikan persembahan yang boleh dibanggakan dalam kejohanan Piala Dunia 2018 di negara sendiri, melepasi jangkaan hampir semua pihak tentang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd