• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

AS Tarik Diri Daripada Majlis Hak Asasi Manusia PBB

oleh Ahmad Albab
21/06/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

WASHINGTON – Pentadbiran Donald Trump pada Selasa mengisytiharkan Amerika Syarikat (AS) tidak lagi menganggotai sebuah lagi badan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), apabila mengumumkan menarik diri dari Majlis Hak Asasi Manusia, lapor agensi berita Xinhua.

Wakil Tetap AS ke PBB, Nikki Haley berkata, tindakan itu kerana majlis berkenaan gagal melaksanakan “perubahan besar, dramatik dan sistematik” sebagaimana diingini AS.

“Seperti yang diberitahu setahun yang lalu, jika kita tidak melihat kemajuan, AS secara rasmi akan menarik diri,” kata Haley pada sidang akhbar bersama dengan Setiausaha Negara AS, Mike Pompeo.

Beliau mendakwa majlis itu menjadi pelindung pencabul hak asasi selain sering menjadi sarang pembuat keputusan politik yang berat sebelah.

Selain itu, beliau turut melemparkan kritikan terhadap badan itu yang disifatkannya seolah berlagak baik dan mempunyai agenda peribadi dengan menerima keanggotaan negara yang tidak begitu baik nilai hak asasinya di samping memberi tumpuan tidak wajar serta berat sebelah ke atas kekejaman terhadap Israel.

Sebelum ini, AS turut menarik diri menganggotai pertubuhan antarabangsa dan perjanjian pelbagai negara antaranya perjanjian iklim Paris, agensi Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (UNESCO) serta perjanjian nuklear Iran.

Sejurus selepas pengumuman tersebut, Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres melahirkan kekecewaannya terhadap keputusan AS itu.

“Beliau (Setiausaha Agung) berpendapat adalah lebih baik AS kekal dalm Majlis Hak Asasi Manusia. Peranan majlis itu sangat penting dalam menggalakkan dan melindungi hak asasi manusia di seluruh dunia,” kata jurucakap Setiausaha Agung, Stephane Dujarric kepada wartawan.

Turut meluahkan rasa kecewa dan terkejut ialah Pesuruhjaya Tinggi PBB untuk Hak Asasi Manusia, Zeid Ra’ad Al Hussein.

“Melihatkan situasi hak asasi manusia pada hari ini, Amerika Syarikat sepatutnya perlu melangkah ke hadapan bukan ke belakang,” kata Zeid menerusi Twitternya.

Pengunduran AS dikatakan mempunyai kaitan dengan kritikan hebat yang diterima negara itu terhadapnya dasarnya memisahkan anak pendatang asing daripada ibu bapa mereka yang mencari suaka selepas merentasi sempadan dari Mexico. – BERNAMA

Tags: PBB
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Minta PBB Kaji Semula Misi Pengaman Di Lubnan

Malaysia Minta PBB Kaji Semula Misi Pengaman Di Lubnan

09/04/2026
0

REMBAU – Malaysia akan mengambil langkah proaktif memohon Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyemak semula terma penugasan pasukan pengaman di Lubnan...

ASEAN: PBB Puji Dasar Luar Malaysia Dalam Isu Hak Rakyat Palestin

ASEAN: PBB Puji Dasar Luar Malaysia Dalam Isu Hak Rakyat Palestin

27/10/2025
0

ASEAN: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, memuji dasar luar Malaysia yang konsisten dan tidak berat sebelah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd