• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Piala Dunia: Akira Nishino Puji Aksi Samurai Biru

oleh AK-47
21/06/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SARANSK – Jurulatih Jepun, Akira Nishino memuji kemampuan pemainnya menyesuaikan diri dengan situasi perlawanan dan sekali gus melakar kemenangan 2-1 ke atas Colombia dalam aksi sulung Piala Dunia, malam tadi.

Jepun dilihat bijak memanfaatkan situasi selepas dihadiahkan sepakan penalti pada awal perlawanan selain beraksi menentang pihak lawan yang bermain dengan 10 pemain.

Pemain tengah Colombia, Carlos Sanchez dilayangkan kad merah seawal minit ketiga apabila bola terkena tangannya dalam kotak penalti – kad merah pertama dalam Piala Dunia kali ini – dan Shinji Kagawa tenang menyudahkan sepakan penalti bagi meletakkan Jepun di depan.

Bagaimanapun, Colombia kembali bangkit apabila menyamakan kedudukan menerusi sepakan percuma yang diambil Juan Quintero pada minit ke-39.

Yuya Osako muncul wira Samurai Biru apabila menanduk masuk gol kemenangan pada minit ke-73.

Nishino berkata beliau memberitahu kepada pemainnya adalah penting untuk mereka terus memberi tekanan dan membuatan pasukan lawan keletihan.

“Sejak mula perlawanan saya fikir kami memang akan bermain secara agresif dan sudah pasti kelebihan untuk kami apabila lawan bermain dengan 10 pemain.

“Namun, ketika waktu rehat, saya katakan kepada pemain ia bukan semata-mata jumlah pemain yang beraksi…paling penting adalah terus bergerak secara agresif dan membuatkan pemain Colombia keletihan.

“Pada babak kedua, kami mengawal bola dan permainan dengan lebih baik dan sebab itu kami mendapat gol kedua,” kata Nishino.

Kemenangan itu menyaksikan Jepun pasukan pertama dari Asia yang berjaya menang ke atas pasukan dari Amerika Selatan dalam saingan Piala Dunia.

“Ia hanya satu kemenangan dan tiga mata. Kami perlu berdepan dua lagi perlawanan di venue lain, jadi kami tangguh dulu meraikan kejayaan ini,” kata Nishino.

Jepun seterusnya akan bertemu Senegal pada Ahad. – Reuters

Tags: jepunPiala Dunia 2018
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Gempa Bumi Jepun: Tiada Laporan Rakyat Malaysia Terjejas Setakat Ini – Wisma Putra

Gempa Bumi Jepun: Tiada Laporan Rakyat Malaysia Terjejas Setakat Ini – Wisma Putra

09/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Tiada laporan rakyat Malaysia terjejas dalam gempa bumi bermagnitud 7.5 yang melanda timur laut Jepun pada Isnin, menurut...

Gempa Bumi Kuat 7.6 Magnitud Gegar Jepun, Amaran Tsunami Dikeluarkan

Gempa Bumi Kuat 7.6 Magnitud Gegar Jepun, Amaran Tsunami Dikeluarkan

09/12/2025
0

KUALA LUMPUR, 9 Disember – Jepun hari ini digegarkan dengan gempa bumi kuat berukuran 7.6 magnitud, mencetuskan panik di beberapa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd