• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Nama Saya Dikemukakan Untuk Jawatan Kabinet”

oleh Ahmad Albab
20/06/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa hari ini mengesahkan namanya antara yang disenaraikan oleh Amanah untuk menganggotai kabinet Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Katanya keputusan parti untuk mengemukakan namanya adalah berasaskan kepimpinan beliau dalam parti dan pengalaman dalam arena politik negara.

“Saya bersedia untuk berkhidmat tidak kira apa-apa jawatan kabinet yang diberi…saya anggap itu sebagai satu penghormatan yang tinggi dan amanah untuk berkhidmat kepada negara,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Yang Dipertua Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas di sini.

Pada masa ini, jemaah menteri Dr. Mahathir hanya mempunyai 13 anggota sedangkan ada beberapa portfolio penting termasuk Menteri Luar yang masih kosong selain tiada timbalan menteri dinamakan.

Mengulas lanjut, Mujahid berkata beliau tidak pasti apakah portfolio yang dicadangkan untuk beliau.

“…soalan ini hanya akan terjawab apabila pengumuman rasmi dibuat oleh Tun Mahathir,” katanya yang menafikan beliau bakal dilantik menjadi Menteri Luar.

Dr. Mahathir dijangka mengumumkan senarai kabinetnya sebelum Parlimen bersidang pada 16 Julai ini.

Sebelum ini difahamkan senarai calon anggota jemaah menteri terbabit akan dipersembahkan untuk mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong selepas sambutan Aidilfitri.

Antara 13 anggota kabinet yang telah mengangkat sumpah jawatan masing-masing ialah Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail selaku Timbalan Perdana Menteri; Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin (Menteri Dalam Negeri); Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng (Menteri Kewangan) dan Presiden Amanah, Mohamad Sabu (Menteri Pertahanan).

Sebelum ini, Dr. Mahathir dilaporkan berkata pentadbirannya tidak akan memiliki lebih daripada 30 kementerian. – BERNAMA

Tags: Mujahid Yusof Rawa
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Debat Isu TH: Abdul Azeez Sahut Cabaran Mujahid

22/07/2020
0

SHAH ALAM - Bekas Pengerusi Tabung Haji (TH), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim menyahut cabaran bekas Menteri di Jabatan...

Mujahid Tanggungjawab Atas Lelongan Aset Hartanah TH

18/06/2020
0

SHAH ALAM - Pendedahan surat perlucutan hak terhadap pembelian semula aset Lembaga Tabung Haji (TH) oleh bekas Perdana Menteri, Datuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd