• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penganggur Mengaku Tidak Bersalah Hina Polis

oleh Ahmad Albab
20/06/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua pertuduhan termasuk menghina anggota penguat kuasa Selasa lalu.

Muhammad Noor Faqih Mohamed Ariffin, 25, membuat pengakuan itu selepas kedua-dua pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Majistret Nurul Hafizah Mohamad Pauzi.

Berdasarkan pertuduhan pertama, Muhammad Noor Faqih didakwa menghina seorang pegawai polis dengan perkataan lucah di Pejabat Enkuiri, Balai Polis Pusat, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh di sini pada 12 Jun lalu kira-kira pukul 6 petang.

Dia didakwa mengikut Seksyen 90 Akta Polis 1967 yang jika sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM5,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Sementara itu, mengikut pertuduhan kedua Muhammad Noor Faqih didakwa membuat ugutan jenayah terhadap seorang orang awam di tempat dan hari yang sama pada kira-kira 4.20 petang.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Difahamkan, Muhammad Noor Faqih membuat ugutan tersebut ke atas Thong Yin Ling selepas kedua-duanya terlibat dalam satu kemalangan jalan raya.

Pendakwaaan dikendalikan Pegawai Siasatan dan Perundangan, Bahagian Siasatan Jenayah IPD Ipoh, ASP Zuraida Mohd Noor, manakala tertuduh diwakil peguam M. Thangaveloo.

Mahkamah membenarkan ikat jamin RM1,000 bagi pertuduhan pertama serta RM3,000 untuk pertuduhan kedua dan menetapkan 19 Julai depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Di mahkamah sama, seorang pengawal keselamatan, P.Baskaran mengaku tidak bersalah atas tuduhan menunggang motosikal secara berbahaya kepada orang awam di KM12.2 Jalan Pusing-Lahat dekat sini, kira-kira 5.15 petang pada 9 Jun.

Baskaran didakwa mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun dan denda maksimum RM15,000 serta hilang kelayakan memegang atau mendapatkan lesen memandu tidak kurang dua tahun dan lesen percubaan dibatalkan.

Mahkamah membenarkan tertuduh yang tidak diwakili peguam diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 19 Julai sebagai tarikh sebutan semula kes. – BERNAMA

Tags: Penganggurpolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua memaklumkan beliau telah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung hantaran...

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd