• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bukan Najib Yang Kawal Unit Komunikasi Strategik UMNO

oleh Haris
19/06/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Unit Komunikasi Strategik UMNO yang lantang bersuara sejak Barisan Nasional tewas pada 9 Mei lalu menafikan mereka di bawah kawalan bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan semalam, unit tersebut menegaskan penyumbang tulisan dan idea terhadap kenyataan yang dikeluarkan datang dari pelbagai arah.

Ini termasuklah dari ahli UMNO sendiri serta penggiat media sosial parti berkenaan.

Malah, unit itu mendedahkan bahawa terdapat juga individu bebas yang tidak terikat dengan sebarang parti politik menyumbang idea dan tulisan kepada unit komunikasi berkenaan.

Jelasnya, semua idea serta tulisan yang disumbangkan kepada unit itu akan diperhalusi terlebih dahulu sebelum disiarkan kepada umum.

“Bahawa unit ini di bawah penguasaan Najib juga adalah tidak berasas kerana penyumbang tulisan dan ideanya datang dari pelbagai arah, termasuk ahli dan penggiat media sosial UMNO sendiri.

“Jadi, tidak perlu ‘menelanjangkan’ siapa di belakang unit ini kerana kami menerima banyak sumbangan dalam bentuk tulisan setiap hari, dan ia dibuat secara sukarela,” katanya menerusi kenyataan tersebut.

Sebelum ini, pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang menggesa Unit Strategik Komunikasi UMNO untuk mendedahkan individu yang bertanggungjawab di belakangnya.

Unit tersebut sinonim dengan kenyataan lantang menyerang balas lawan politiknya namun segala kenyataan yang dikeluarkan tidak mempunyai nama penulis.

Selain itu, Kit Siang turut mempersoalkan sama ada unit itu merupakan salah satu proksi Najib yang kononnya masih mahu berkuasa walaupun telah melepaskan jawatan Presiden UMNO.

Membidas kenyataan Kit Siang, unit berkenaan berkata pemimpin DAP itu perlu terlebih dahulu menjawab pertanyaan orang ramai mengenai siapa di belakang Red Bean dan sama ada mereka dibiayai.

Ujarnya, peranan unit tersebut sama seperti suara DAP dalam Roket serta PAS melalui Harakah yang melaporkan untuk parti masing-masing selepas mengumpul data dari pemimpin parti.

“Oleh itu, tak perlu rasanya Kit Siang sibukkan diri dengan pertanyaan ‘orang tidak berilmu’ ini. Kami hanya unit media dan bukan pasukan penyebar fitnah dan bukan penghantar maklumat separuh benar,” katanya lagi. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Datuk Seri Najib Tun RazakLim Kit SiangUMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengarah Strategik DAP mengimbas strategi Pakatan Harapan (PH) menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib...

PH Dah ‘Meroyan’, Tiba Masa UMNO Keluar Kerajaan Perpaduan – Akmal Saleh

PH Dah ‘Meroyan’, Tiba Masa UMNO Keluar Kerajaan Perpaduan – Akmal Saleh

17/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Sudah sampai masanya untuk UMNO keluar Kerajaan Perpaduan, kata Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd