• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Trafik Perlahan Di Lebuh Raya Utama – PLUS

oleh Ahmad Albab
18/06/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama negara perlahan namun lancar berikutan orang ramai mula pulang semula ke kediaman masing-masing setelah bercuti di kampung halaman bagi menyambut 1 Syawal pada Jumaat lepas.

Jurucakap PLUS Malaysia Berhad memberitahu Bernama setakat 1 tengah hari ini, aliran trafik di kedua-dua arah Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dilaporkan perlahan dan terkawal.

Beliau berkata perjalanan dari utara bergerak perlahan, iaitu Pendang menuju ke kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Gurun berikutan kemalangan di kilometer 68.7 yang melibatkan dua kereta.

Tambahnya, pergerakan dari Bukit Beruntung ke Sungai Buaya dan Ipoh ke Simpang Pulai juga agak perlahan ekoran pertambahan kenderaan di lebuh raya.

Selain itu, trafik turut dilaporkan perlahan dari Sedenak ke Simpang Renggam dan terdapat satu kemalangan melibatkan kenderaan berat di kilometer 208.4, Ayer Keroh ke Simpang Ampat, Melaka.

Sementara itu, menurut Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), trafik dilaporkan lancar dan terkawal bermula Kuantan menuju ke Bentong melalui Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) manakala Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) juga bergerak lancar dari Kuala Terengganu ke Kuantan termasuk trafik di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK), bermula dari Bentong ke Gombak.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) di talian 1800-88-7752 atau merujuk laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik dan www.twitter.com/llminfotrafik. – BERNAMA

Tags: aliran trafikLebuhraya PLUS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Trafik Perlahan, Laluan Sesak Dari Gombak Hala Pantai Timur, Kenderaan Bertali Arus Dari Slim River Ke Tapah

Trafik Perlahan, Laluan Sesak Dari Gombak Hala Pantai Timur, Kenderaan Bertali Arus Dari Slim River Ke Tapah

15/02/2026
0

KUALA LUMPUR: Aliran trafik menghala Pantai Timur dari Gombak ke Genting Sempah sesak anggaran 11 kilometer pagi ini. Jurucakap Lembaga...

Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Bergerak Perlahan

Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Bergerak Perlahan

19/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Aliran trafik di semua lebuh raya bertol di Lembah Klang secara keseluruhannya bergerak lancar setakat jam 2.55 petang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd