• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Warisan Fail Petisyen Cabar Keputusan Pilihan Raya

oleh Ahmad Albab
19/06/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Parti Warisan Sabah (Warisan) memfailkan petisyen pilihan raya di mahkamah Tinggi di sini hari ini bagi mencabar keputusan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) di empat kerusi Parlimen dan empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah.

Setiausaha Agung Warisan, Loretto S. Padua berkata empat kerusi Parlimen itu melibatkan kawasan Kimanis yang dimenangi calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Anifah Aman; Sipitang (Yamani Hafez Musa-BN); Libaran (Datuk Zakaria Edris-BN) dan kerusi Parlimen Keningau yang dimenangi oleh Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Datuk Dr. Jeffrey Kitingan.

“Bagi empat kerusi DUN pula melibatkan kawasan Sungai Sibuga yang dimenangi Pengerusi BN Sabah, Tan Sri Musa Aman; Kundasang (Dr. Joachim Gunsalam-Parti Bersatu Sabah (PBS); Sook (Datuk Ellron Angin daripada Parti Bersatu Rakyat Sabah), dan DUN Kiulu yang dimenangi Datuk Joniston Bangkuai daripada PBS,” katanya kepada pemberita selepas selesai memfailkan petisyen pilihan raya itu di sini hari ini.

Beliau berkata petisyen pilihan raya itu dibuat kerana ada bukti berlakunya unsur penipuan pada PRU14 di kawasan Parlimen dan DUN berkenaan.

“Berdasarkan bukti yang ada, kami percaya ada unsur penipuan yang dilakukan di kawasan berkenaan termasuk kewujudan kotak undi pos, politik wang, dan melambat-lambatkan proses menandatangani borang 14,” katanya.

Loretto berkata lapan petisyen yang dibuat secara serentak hari ini, masing-masing diwakili pasukan peguam dan setiap pasukan mempunyai dua atau tiga peguam. – BERNAMA

Tags: Pilihan Rayawarisan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Semua Orang Boleh Janji Bulan Dan Bintang’ – TMJ

“Semua Orang Boleh Janji Bulan Dan Bintang’ – TMJ

20/06/2026
0

MUAR - Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail mengingatkan ahli politik supaya tidak memberi janji-janji kosong kepada rakyat Johor. Baginda...

GPS Tiada Kaitan Kempen PH Di Johor, Kehadiran Menteri Pelancongan Kapasiti Peribadi

GPS Tiada Kaitan Kempen PH Di Johor, Kehadiran Menteri Pelancongan Kapasiti Peribadi

16/06/2026
0

KUCHING – Kehadiran Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing dalam kempen pilihan raya di Johor tidak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd