• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lori Bawa 20,000 Liter Minyak Diesel Terbalik

oleh Ahmad Albab
19/06/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Sebuah lori tangki dengan muatan 20,000 liter minyak diesel terbalik selepas terbabit dalam kemalangan di Jalan Pelangai Hilir, Kuala Pilah dekat sini hari ini.

Kejadian itu menyebabkan muatan minyak daripada lori tangki terbabit mengalir ke sebatang anak sungai berdekatan.

Pegawai Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Pilah Pegawai Bomba Kanan II Mohd Zakaria Ramli berkata kejadian kira-kira 7.46 pagi tadi itu berlaku apabila lori terbabit cuba mengelak sebuah kereta yang berpusing di hadapannya sebelum ia terbabas dan bertembung dengan sebuah kereta Proton Saga.

“Lori ini yang datang dari arah Kuala Pilah ke Juasseh cuba mengelak sebuah kereta yang dikatakan berpusing di hadapannya, namun kereta itu kemudiannya meneruskan perjalanan dan pemandu lori ini hilang kawalan lalu bertembung dengan kereta Proton Saga yang datang dari arah bertentangan .

“Kemalangan itu menyebabkan lori terbabas dan terbalik ke lereng bukit sedalam kira-kira 10 kaki manakala kereta erkenaan terbabas di tepi jalan. Pemandu lori dan pemandu kereta cedera dan dibawa ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah manakala kelindan lori tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

“Sehingga kini, kerja-kerja pembersihan dan pemindahan minyak sedang dijalankan. Jabatan Alam Sekitar juga turun ke lokasi kerana tumpahan itu telah menyebabkan pencemaran alam sekitar,” katanya. – BERNAMA

Tags: kemalanganlori
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Misteri Lelaki Maut Di Lorong Kecemasan, Polis Cari Rakaman Dashcam

Misteri Lelaki Maut Di Lorong Kecemasan, Polis Cari Rakaman Dashcam

26/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  ALOR GAJAH – Polis sedang menjalankan siasatan berhubung penemuan seorang lelaki yang ditemukan meninggal dunia di Kilometer 198.5...

Keluar Awal Pagi, Ditemui Tidak Bernyawa Selepas Hampir 18 Jam Dalam Longkang

Keluar Awal Pagi, Ditemui Tidak Bernyawa Selepas Hampir 18 Jam Dalam Longkang

25/06/2026
0

Oleh Mynewshub  SHAH ALAM – Misteri kehilangan seorang lelaki yang tidak pulang ke rumah selepas keluar bekerja akhirnya terungkai dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd