• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peluang UMNO Bertapak Di Sarawak Tipis

oleh Ahmad Albab
18/06/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – UMNO boleh sahaja mengembangkan sayapnya ke Sarawak tetapi belum pasti parti dari Semenanjung itu akan diterima oleh rakyat Sarawak, kata seorang penganalisis politik.

Prof Madya Dr Awang Azman Awang Pawi, Pensyarah Kanan, Universiti Malaya berkata kewujudan UMNO di Sarawak ditolak ketika zaman pemerintahan bekas Ketua Menteri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud, Tan Sri Adenan Satem dan kini Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Malah, katanya sudah ada ‘gentleman agreement’ antara era Taib dan Tun Dr Mahathir Mohamad yang tidak membenarkan UMNO bertapak di Sarawak.

Katanya, ketika itu ramai pengundi luar bandar tidak dapat memisahkan sokongan terhadap Barisan Nasional (BN) kerana yang disokong mereka bukan parti tetapi lebih kepada logo BN.

Bagaimanapun, katanya landskap politik sudah berubah selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) apabila Dr Mahathir sudah berada di pihak Pakatan Harapan, manakala Taib tidak lagi aktif dalam bidang politik.

“Jadi UMNO boleh mencuba nasib memperluaskan pengaruh ke Sarawak bukan kerana kekuatan atas nama UMNO itu sendiri.

“UMNO mungkin disukai sesetengah bumiputera Islam di Sarawak kerana mereka tahu UMNO tidak bersalah tetapi pemimpin terdahulu yang mencemarkan imej UMNO,” kata Awang Azman kepada Bernama.

Pada masa yang sama, sebenarnya kekuatan UMNO terdapat pada penggunaan logo BN, logo yang dipercayai pengundi luar bandar di Sarawak.

Katanya, UMNO juga boleh meletakkan mana-mana parti tempatan baharu bertanding menggunakan logo BN jika tidak mahu UMNO bertapak di Sarawak.

“Ini dilakukan bagi mengajar empat bekas komponen BN yang mengkhianati BN, namun tindakan ini mungkin berkubur jika BN dibubarkan dan digantikan logo lain.

“Begitu juga terdapat spekulasi UMNO mungkin diharamkan kerana isu tak mengikut peraturan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS),” kata Awang Azman.

Jika ini berlaku, katanya maka harapan UMNO bertapak di Sarawak semakin gelap.

Apapun menurut Awang Azman peluang UMNO bertapak di Sarawak adalah tipis dan beliau menyarankan penubuhan parti tempatan baharu tetapi mengguna logo BN untuk tewaskan musuh politik mereka termasuk empat parti yang telah mengkhianati BN. – BERNAMA

Tags: sarawakUMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PH Dah ‘Meroyan’, Tiba Masa UMNO Keluar Kerajaan Perpaduan – Akmal Saleh

PH Dah ‘Meroyan’, Tiba Masa UMNO Keluar Kerajaan Perpaduan – Akmal Saleh

17/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Sudah sampai masanya untuk UMNO keluar Kerajaan Perpaduan, kata Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh....

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

17/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Pakatan Harapan (PH) Johor yakin dapat ‘menguburkan’ Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd