• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, April 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Terpulang PBNS Tentukan Masa Depan Persatuan

oleh Ahmad Albab
14/06/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Menteri Besar Negeri Sembilan Aminuddin Harun menyerahkan kepada anggota gabungan Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan (PBNS) untuk menentukan masa depan persatuan itu, termasuklah memilih presiden baharu.

Beliau akan menyokong apa jua keputusan dibuat PBNS dan tidak mahu campur tangan dalam urusan persatuan itu kerana tahu, PBNS akan memilih sesiapa yang dirasakan layak untuk menjadi presiden mereka serta mampu meneruskan agenda bola sepak di Negeri Sembilan ke peringkat seterusnya.

“Yang penting kita kena pastikan tahun ini kita tidak turun ke Liga Perdana, saya minta semua pemain meneruskan permainan mereka dengan lebih baik supaya mereka terus berada dalam persada Liga Super,” katanya kepada Bernama di sini.

Ditanya, adakah beliau bersedia memgang jawatan presiden PBNS sekiranya dicalonkan, Aminuddin berkata: “Saya tak nak apabila saya kata ya, nanti orang kata, Ooo…YB (Yang Berhormat) memang dah bersedia untuk jawatan itu. Jadi saya serahkan pada mereka (PBNS) untuk buat keputusan.”

Pada 6 Jun lepas, Datuk Seri Mohamad Hasan yang juga presiden PBNS, melepaskan kesemua jawatannya dalam persatuan itu.

Turut mengambil langkah sama Naib Presiden PBNS Datuk Mohamad Haslah Mohd Amin dan Datuk Abd Ghani Hassan. – BERNAMA

Tags: Aminuddin HarunPBNS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Aminuddin Nafi Anak Dipanggil SPRM

06/02/2020
0

SEREMBAN - Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun menafikan dakwaan pihak tertentu bahawa anaknya dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

Kesal Pegawai MB N.Sembilan Hina Wartawan ‘Bingai’

25/04/2019
0

SEREMBAN - Kelab Media Negeri Sembilan (MANIS) kesal dengan kenyataan pembantu kepada Menteri Besar Negeri Sembilan yang menggelarkan wartawan Sinar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd